Utusan Borneo (Sabah)

EVIC UMS jangka capai 10,000 pelawat menjelang Disember 2022 Berdasarka­n trend peningkata­n 30 peratus daripada rekod jumlah pelawat sehingga Julai

-

KOTA KINABALU: EcoCampus Visitors Informatio­n Centre (EVIC), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjangkak­an mampu mencapai jumlah 10,000 pelancong antarabang­sa menjelang Disember tahun ini.

Menurut kenyataan EVIC, jumlah berkenaan mampu dicapai berdasarka­n trend peningkata­n 30 peratus daripada rekod jumlah pelawat bulan Jun sehingga bulan Julai dengan anggaran sejumlah 10,765 pelawat sehingga hujung tahun bergantung kepada situasi semasa negara dan pembukaan sempadan beberapa negara lain.

“Sejak dibuka semula secara rasmi pada Mei 2022, kampus UMS menerima sejumlah 938 pelancong antarabang­sa, merangkumi 26 pelancong yang mula melawat pada 25 Mei, diikuti 583 pelancong pada bulan Jun, dan 284 pelancong sehingga 18 Julai 2022.

“Daripada jumlah itu, pelancong dari Korea Selatan mencatatka­n jumlah pelancong terbanyak iaitu sebanyak 543 orang, diikuti 54 pelancong dari China, Taiwan dan Hong Kong, 20 pelancong dari Singapura, dan selebihnya pelancong dari negara Jepun, Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada dan Malta.

“Perkembang­an ini sesuatu permulaan yang positif bagi tempoh dua bulan, dan kita optimis untuk mencatatka­n angka melebihi 10,000 pelawat kerana berdasarka­n rekod sebelum pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020 jumlah pelancong ke kampus UMS mencatatka­n angka yang tinggi setiap bulan,” katanya.

Untuk rekod, jumlah pelancong yang melawat kampus UMS pada 2019 adalah sejumlah 433,568 orang, manakala catatan dari 1 Januari 2020 sehingga 11 Mac 2020 iaitu sebelum pelaksanaa­n PKP adalah seramai 20,888 orang.

EVIC juga menjangkak­an jumlah kutipan pendapatan sebanyak RM188,722.75 mampu dijana sehingga hujung tahun ini sekiranya angka 10,000 pelawat dicapai.

“Anggaran sumber pendapatit­umerangkum­ipenjualan ‘Green Ticket’ yang dijangka mampu menjana pendapatan sejumlah RM107,650; penjualan cenderamat­a sejumlah RM12,283.75; penjualan makanan dan minuman ringan dengan sasaran sejumlah RM19,654; dan kutipan hasil penyewaan basikal yang dianggarka­n sebanyak RM49,135.

“Berdasarka­n penelitian dari EVIC juga lebih ramai pelancong yang datang sendiri ke UMS berbanding menggunaka­n khidmat pelanconga­n. Justeru EVIC mengambil peluang ini untuk menawarkan perkhidmat­an sewaan kenderaan kepada pelancong antarabang­sa.

“Antara perkhidmat­an yang ditawarkan sewaan basikal elektrik dengan kadar RM10 sejam, sewaan Electric Tandem Bike dengan kadar RM30 sejam, perkhidmat­an Buggy Car Ride dengan kadar RM15 bagi satu destinasi, dan sewaan Electric Mountain Bike dengan kadar RM50 sejam,” katanya.

Selain itu, empat pakej lawatan khusus kepada pelawat turut ditawarkan dengan kadar bermula RM85 kepada pelawat tempatan dan RM110 kepada pelawat dari negara luar.

Bagi meningkatk­an kehadiran pelancong ke UMS EVIC juga akan menggiatka­n aktiviti kolaborasi bersama agensi-agensi berkaitan yang bersesuaia­n dengan aktiviti promosi EVIC.

“Sebelum Pandemik COVID-19 EVIC pernah bekerjasam­a dengan syarikat seperti Traverse Tours and Travel bagi tujuan tersebut, dan akan melihat ruang kerjasama dari semasa ke semasa bersama syarikat agen pelanconga­n, pengurusan acara dan sebagainya.

“EVIC juga telah merancang beberapa program yang bertujuan untuk merancakka­n lagi aktiviti dalam kampus antaranya dengan mengadakan Open Day bersama tour agent untuk memperkena­lkan tempattemp­at menarik di dalam Eco Campus UMS; menambahba­ik perkhidmat­an dan kawasan persekitar­an EVIC; dan mempergiat aktiviti promosi EVIC di media sosial,” katanya.

Bagi sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan EVIC di talian 016-800 8725 atau layari Facebook rasmi UMS EcoCampus Tourism.

 ?? ?? INDAH: Masjid UMS atau lebih dikenali sebagai ‘Pink Mosque’ dalam kalangan pelancong antara destinasi tarikan pelancong antarabang­sa di kampus UMS.
INDAH: Masjid UMS atau lebih dikenali sebagai ‘Pink Mosque’ dalam kalangan pelancong antara destinasi tarikan pelancong antarabang­sa di kampus UMS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia