Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia mampu kekalkan momentum dagangan, pacu pertumbuha­n ekonomi: Azmin

-

KUALA LUMPUR: Malaysia berupaya mengekalka­n momentum positif pertumbuha­n ekonomi susulan kejayaan mencatat pertumbuha­n dua angka bagi jumlah perdaganga­n sebanyak 43.3 peratus bagi tahun ke tahun pada Jun 2022 yang mencapai paras tertinggi sebanyak RM270.39 bilion.

Ketika berkongsi keyakinan itu, Menteri Kanan Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata momentum itu didorong oleh segmen eksport yang dipacu oleh prestasi memberangs­angkan bagi eksport domestik dan eksport semula.

“Dengan keazaman padu dan tanggung jawab bersama, saya yakin Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) dan Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) akan mengekalka­n momentum positif dalam menyongson­g arus untuk melonjakka­n pertumbuha­n ekonomi negara,” kata Mohamed Azmin dalam ciapan menerusi Twitter beliau, semalam.

Pada Jun lepas, eksport Malaysia meningkat sebanyak 38.8 peratus tahun ke tahun kepada RM146.16 bilion iaitu pengembang­an untuk bulan ke-22 berturut-turut sejak September 2020 manakala import melonjak 49.3 peratus tahun ke tahun kepada RM124.23 bilion.

Dalam ciapan seterusnya, Mohamed Azmin turut mengulas laporan berita mengenai Dewan Perdaganga­n dan Industri Kesatuan Eropah (Eurocham) Malaysia berkenaan pemindahan teknologi automasi terkini dari Eropah ke Malaysia secara berterusan.

Pada 22 Julai, Eurocham Malaysia berkata komuniti perniagaan Eropah berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana menyokong pemulihan perniagaan secara aktif serta menangguhk­an syarat bahawa sekurang-kurangnya 80 peratus tenaga kerja tempatan ditempatka­n dalam sesebuah syarikat selama dua tahun.

“Sejajar dengan komitmen kita untuk menyokong pemulihan perniagaan secara aktif, MITI mengambil keputusan yang proaktif serta praktikal bagi memastikan kelangsung­an perniagaan yang mampan.

“Kita akan terus melakukan libat urus dan mendengar pandangan pihak berkepenti­ngan bagi memacu pemulihan ekonomi negara menerusi pelbagai aktiviti termasuk sesi dialog dengan dewan perdaganga­n dan industri dalam memastikan kemakmuran bersama untuk semua,” kata Mohamed Azmin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia