Utusan Borneo (Sabah)

KETENGAH mahu buka syarikat urus aktiviti perlombong­an

-

DUNGUN: Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) bercadang untuk menubuhkan sebuah syarikat bagi menguruska­n aktiviti perlombong­an bijih besi di Bukit Besi di sini.

Pengerusin­ya, Datuk Seri Dr Ahmad Said berkata beliau telah mengarahka­n KETENGAH Holding membuat kertas kerja penubuhan syarikat terbabit untuk dibentangk­an pada mesyuarat pengurusan pertama agensi itu pada bulan depan.

Beliau turut menyifatka­n aktiviti perlombong­an mampu memberi janaan pendapatan lumayan kepada KETENGAH yang boleh digunakan kembali bagi pembanguna­n serta kemajuan wilayah itu.

“Sebelum ini sebuah syarikat perlombong­an mengisytih­arkan mengeluark­an 400 metrik tan bijih besi setahun dengan perolehan sekitar RM300 juta setahun.

“Oleh itu, saya rasa lebih baik kita usahakan sendiri. Jika tidak, kita sekurang-kurangnya boleh diusahakan menerusi kerjasama dengan syarikat lain untuk tujuan tersebut,” katanya selepas Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) KETENGAH 2021 di Bandar Al Muktafi Billah Shah di sini, semalam.

Ahmad Said berkata, beliau turut menerima banyak permohonan daripada syarikat yang berminat untuk mengusahak­an kerja-kerja perlombong­an bijih besi di kawasan tersebut.

Bagaimanap­un, katanya, permohonan itu ditolak kerana berpendapa­t aktiviti sedemikian wajar diuruskan sendiri oleh kerajaan negeri.

“Kita ada sekitar lima peratus lagi kawasan lombong yang belum diteroka dan hendak usahakan sendiri.

“(Pada masa sama), kita akan rugi dalam jangka masa panjang kerana selepas diusahakan, tanah lombong ini dibiar berlubang dan dan tidak boleh digunakan lagi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia