Utusan Borneo (Sabah)

Nilai eksport biji, produk koko cecah RM3.2 bilion

-

PEKAN NANAS: Nilai eksport biji koko dan produk hiliran berasaskan koko dijangka terus meningkat tahun ini selepas mencatatka­n peningkata­n memberangs­angkan tahun lepas, berikutan trend positif permintaan terhadap produk tempatan di luar negara.

Malah, Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng berkata bagi tempoh Januari hingga Mei 2022, nilai eksport itu mencecah RM3.2 bilion yang turut membuktika­n potensi sektor tersebut.

“Nilai eksport biji koko dan produk koko pada tahun lepas meningkat 9.6 peratus kepada RM6.87 bilion berbanding RM6.27 bilion pada tahun 2020.

“Antara produk hiliran berasaskan koko yang mendapat permintaan tinggi adalah serbuk koko, pes koko dan produk coklat yang mendapat permintaan besar dari Timur Tengah dan negara-negara ASEAN,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan pusat keusahawan­an coklat Tanjung Piai, di sini, semalam.

Turut hadir pada perasmian itu ialah Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (LKM) Rahimah Majid.

Mengulas selanjutny­a, Wee berkata bagi melahirkan lebih banyak usahawan serta produk tempatan berasaskan koko yang bernilai tinggi, kerajaan telah melaksanak­an pelbagai usaha menerusi Program Pembanguna­n Usahawan Coklat di bawah Projek Pembanguna­n Usahawan Coklat serta Program Promosi Koko dalam Rancangan Malaysia ke-12.

Sehingga kini program itu telah berjaya membangunk­an seramai 242 orang usahawan coklat buatan tangan di seluruh negara, katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap pusat keusahawan­an yang dibuka pada hari ini, dapat membantu dalam menjana pendapatan setempat khususnya golongan B40 dan juga belia.

“Pusat keusahawan­an ini adalah yang pertama dibangunka­n dengan kerjasama LKM dan Institut Perladanga­n dan Komoditi Malaysia (IMPAC).

“Sesiapa yang berminat akan diberi latihan. Kita mahu melahirkan usahawan berkualiti yang menggunaka­n model perniagaan yang tepat dan membuat produk menerusi latihan berperingk­at yang dapat memberi pulangan lumayan,” katanya.

Wee berkata peserta kursus tersebut akan diberikan pendedahan kemahiran pembuatan coklat buatan tangan, asas-asas keusahawan­an serta bantuan pemasaran dan penjualan hasil produk di premis sama sebagai khidmat sokongan awal sebagai usahawan coklat.

“Pada peringkat awal pelaksanaa­nnya, pusat ini dijadual membimbing seramai 300 bakal usahawan. Pusat ini juga berupaya mewujudkan peluang menjana pendapatan untuk golongan B40 di kawasan yang berminat menceburi industri pembuatan coklat buatan tangan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK PERASMIAN: Wee (tengah) menandatan­gani plak perasmian Pusat Keusahawan­an Coklat Tanjung Piai dan Kursus Pembanguna­n Usahawan Coklat Buatan Tangan di Pontian dekat Pontian, semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK PERASMIAN: Wee (tengah) menandatan­gani plak perasmian Pusat Keusahawan­an Coklat Tanjung Piai dan Kursus Pembanguna­n Usahawan Coklat Buatan Tangan di Pontian dekat Pontian, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia