Utusan Borneo (Sabah)

AKM Kelantan: Maskot animasi di Karnival Digital K-KOMM bawa keseronoka­n kepada kanak-kanak

-

KOTA BHARU: Pelbagai maskot animasi tempatan yang disajikan pada Karnival Digital K-KOMM sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) (Karnival Digital K-KOMM@JAKM) edisi Kelantan memberi keseronoka­n kepada pengunjung terutamany­a kanakkanak.

Kemunculan maskot seperti Ejen Ali, Omar dan Hana, Didi and Friends, serta Mechamato yang dibawa khas oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) ke karnival itu memberi keterujaan kepada kanak-kanak kerana berpeluang bergambar bersama watak animasi kegemaran mereka.

Golongan ibu bapa juga tidak melepaskan peluang mengikuti pelbagaian aktiviti yang disediakan kepada anakanak mereka pada Jelajah AKM edisi Kelantan di Stadium Muhammad IV di sini yang berlangsun­g bermula Jumaat lepas hingga semalam.

Pengunjung dari daerah ini, Tuan Shariman Tuan Yaacob, 27, berkata beliau berasa gembira kerana dapat membawa anak-anaknya untuk melihat watak animasi kegemaran mereka seperti Didi and Friends serta Omar dan Hana.

“Memang saya datang sini sebab nak bawa anak-anak jumpa maskot-maskot ini selepas semalam dapat tahu ada aktiviti bergambar dengan animasi ini. Sudah tentu, saya amat gembira dapat bawa anak-anak ke Jelajah AKM sebab mereka pun seronok dapat jumpa Didi and Friends,” kata bapa kepada tiga anak itu.

Turut berkongsi perasaan sama, Noor Baizura Kuswadinat­a, 28, yang mengambil peluang pada hari cuti dengan membawa anak lelakinya berusia empat tahun untuk berjumpa serta bergambar dengan watak-watak animasi berkenaan.

“Gembiralah dapat bawa anak saya bertemu sambil bergambar dengan Ejen Ali dan Omar dan Hana sebab memang dia suka tengok rancangan kartun-kartun ini di rumah,” katanya yang tinggal di Wakaf Che Yeh, dekat sini.

Sementara itu, Ketua Pendigital­an dan Komuniti, Pembanguna­n Kandungan Digital MDEC Siow Aik Wee berkata kehadiran maskot animasi berkenaan di Karnival Digital K-KOMM@

JAKM mendapat sambutan memberangs­angkan sepanjang tiga hari ia berlangsun­g.

“Sememangny­a aktiviti ‘big screen’ ini dibawa khas untuk menarik minat serta memberi keseronoka­n kepada pengunjung khususnya kanakkanak,” katanya menambah MDEC juga memberikan pelbagai hadiah menarik kepada kanak-kanak menerusi pertanding­an kuiz.

Beliau berkata buat pertama kali sempena Jelajah AKM edisi Kelantan, reruai MDEC mengadakan jualan barangan animasi tempatan seperti bekas makanan, botol air, beg sekolah dan alat tulis yang antaranya berlogokan watak Ejen Ali.

“Kebanyakan barangan yang dijual ini adalah stok baharu dan dibawa dari Kuala Lumpur. MDEC jual pada harga yang berpatutan malah sambutan juga amat baik kerana ramai ibu bapa datang membeli untuk anakanak mereka.

“Kebanyakan kanak-kanak yang datang, reaksi mereka amat gembira, seronok dan teruja sebab dapat memiliki barang kegemaran watak animasi tempatan ini,” katanya.

Jelajah AKM Kelantan bertemakan Keluarga Malaysia Keluarga Digital yang akan menutup tirai malam ini, menyediaka­n pelbagai aktiviti antaranya RIUHxJAKM, Khemah Citarasa Keluarga Malaysia dan pelbagai jualan dari usahawan golongan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Annuar (kanan) bertemu maskot animasi semasa membuat lawatan ke gerai pameran sempena program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Kelantan di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, dekat Kota Bharu, semalam.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Annuar (kanan) bertemu maskot animasi semasa membuat lawatan ke gerai pameran sempena program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Kelantan di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, dekat Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia