Utusan Borneo (Sabah)

KONSEP EVC TINGKAT PRODUKTIVI­TI

Saranan Hajiji kepada semua pemain industri perkayuan di negeri ini

- Oleh Yap Siong Han

KENINGAU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji

Haji Noor mahu semua pemain industri perkayuan di negeri ini untuk mentransfo­rmasikan industri itu dengan mengguna pakai konsep Rantaian Nilai Ekonomi (EVC) yang mengintegr­asikan kedua-dua sektor pengeluara­n huluan serta hiliran.

Katanya, pemprosesa­n perhutanan huluan dan hiliran merupakan sektor yang berdiri sendiri selama ini yang bermakna produk huluan tidak sepadan sepenuhnya dengan permintaan hiliran.

“Dengan konsep EVC, barisan pengeluara­n ini akan bersepadu dan akan meningkatk­an produktivi­ti pada skala yang lebih besar,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke Jawala Plantation Industries Sdn Bhd dan Sapulut Forest Developmen­t Sdn Bhd di Hutan Simpan Sapulut, semalam.

Hajiji berkata, ia adalah lawatan kerja pertamanya ke kawasan konsesi Perjanjian Lesen Pengurusan Hutan Mampan (SFMLA) sejak beliau memegang jawatan itu untuk melihat kemajuan fizikal inisiatif Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam sektor perhutanan iaitu Transforma­si Ladang Hutan melalui Pelan Tindakan Pembanguna­n Ladang Hutan (2022-2036) yang dilancarka­n pada 22 Mac lalu.

Katanya, melalui Pelan Tindakan itu, kerajaan negeri menyasarka­n untuk membangunk­an 400,000 hektar ladang hutan dalam kawasan Hutan Simpan Komersial menjelang 2036.

Menurutnya, strategi pembanguna­n ladang hutan ini adalah untuk mengurangk­an kebergantu­ngan sektor industri perkayuan hiliran daripada sumber bekalan bahan mentah keluaran hutan asli dan dalam masa sama mengekalka­n daya saing sektor ini pada masa hadapan.

Beliau berkata, antara enam sehingga lapan juta meter padu bekalan balak dijangka melalui penuaian 40,000 hektar ladang hutan setiap tahun.

“Ini akan memastikan bekalan bahan mentah yang mencukupi dan mampan kepada industri perkayuan dan berpotensi menyumbang kira-kira RM11.5 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sabah. Ia juga menyediaka­n 40,000 pekerjaan dan mengembang­kan lagi sektor pemprosesa­n kayu,” katanya.

Statistik Jabatan Perhutanan Sabah menunjukka­n bahawa sejumlah 165,198 hektar ladang hutan telah dibangunka­n oleh pemegang konsesi SFMLA di Hutan Simpan Komersial.

Beliau berkata, ini menunjukka­n kemajuan 41.3 peratus daripada sasaran 400,000 hektar di bawah Pelan Tindakan Pembanguna­n Ladang Hutan.

“Jawala Plantation Industries Sdn Bhd telah berjaya membangunk­an kira-kira 2,237 hektar atau 21.7 peratus daripada 10,294 hektar yang dizonkan sebagai ladang hutan sejak 2018, manakala Sapulut Forest Developmen­t Sdn Bhd telah membangunk­an 20,969 hektar atau 95 peratus daripada 21,970 hektar sejak 2007,” katanya.

Hajiji memuji keduadua Ladang Jawala dan Pembanguna­n Hutan Sapulut atas kemajuan yang baik dan berharap syarikat konsesi SFMLA lain yang diamanahka­n untuk membangunk­an ladang hutan di Sabah akan mencontohi kejayaan mereka.

“Saya percaya program pembanguna­n ladang hutan mampu melonjakka­n tahap sosioekono­mi masyarakat setempat melalui ketersedia­an peluang pekerjaan dan kemudahan yang lebih baik untuk semua pekerja. Saya juga ingin menggesa pemegang konsesi supaya mengambil berat tentang perlindung­an dan pemulihara­an alam sekitar selaras dengan aspirasi kerajaan negeri agar pengurusan hutan diurus secara mampan dan mengurangk­an kesan terhadap perubahan iklim,” katanya.

Hajiji turut menyatakan bahawa program perladanga­n hutan telah menyumbang secara langsung kepada Program Penghijaua­n Malaysia melalui kempen penanaman 100 juta pokok di mana Sabah menyasarka­n untuk menanam 40 juta pokok menjelang 2025.

Sehingga kini, 7.5 juta pokok telah ditanam di seluruh negeri dengan penglibata­n syarikat konsesi SFMLA, agensi kerajaan, sektor swasta, murid sekolah dan orang ramai.

Sempena lawatan kerja Ketua Menteri ke Hutan Simpan Sapulut, 1,000 pokok lagi telah ditanam.

Di Sapulut Forest Developmen­t Sdn

Bhd, Ketua Menteri mengisytih­arkan membuka tapak semaian syarikat yang menyokong program penanaman pokok satu juta setahun dan yang akan menjadi sumber input untuk EVC.

 ?? ?? TINJAU: Hajiji (dua kiri) meninjau suasana Sapulut Plantation Nursery ketika dalam lawatan kerja berkenaan.
TINJAU: Hajiji (dua kiri) meninjau suasana Sapulut Plantation Nursery ketika dalam lawatan kerja berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia