Utusan Borneo (Sabah)

Penumpang lelaki maut tercampak keluar dari kenderaan

- Oleh Siti Aisyah Narudin

PAPAR: Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabas sendiri dalam kemalangan di Kilometer 39 Jalan Kimanis-Keningau dekat sini.

Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superinten­dan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, kejadian terbabit berlaku kira-kira jam 12.10 tengah malam kelmarin yang mengakibat­kan mangsa tercampak keluar dari kenderaan sejauh 14 meter.

Katanya, sebelum kejadian, mangsa berumur 32 tahun yang juga penumpang bersama pemandu kenderaan terbabit dalam perjalanan dari arah Semporna menuju Kota Kinabalu.

Menurutnya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati pemandu berkenaan tidak dapat mengawal kenderaan dengan baik semasa menuruni jalan bukit dan berselekoh tajam.

“Kenderaan terbabit kemudianny­a terbabas memasuki jalan bertentang­an dan merempuh tebing bukit di sebelah kanan.

“Akibat rempuhan itu, kenderaan mangsa berpusing dan terbalik memasuki lorong bertentang­an (menghala ke Keningau) dengan keempat-empat tayar berada di atas.

“Penumpang yang duduk di sebelah pemandu tercampak keluar dari kenderaan sejauh 14 meter yang mengakibat­kan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, Pembantu Pegawai Perubatan Hospital Papar mengesahka­n mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian manakala, pemandu kenderaan dihantar ke Hospital Papar untuk menerima rawatan lanjut.

Kamaruddin berkata, pemandu yang berumur 31 tahun itu dipercayai membawa ikan dari Semporna ke Kota Kinabalu. Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala.

“Hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan dipercayai akibat kecuaian pemandu kenderaan terbabit yang gagal mengawal kenderaann­ya semasa menuruni jalan bukit dan selekoh tajam.

“Terdapat kesan tayar di bahu jalan sepanjang 83 meter di laluan sebelah kiri menghala ke Keningau. Namun, siasatan masih diteruskan,” jelasnya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

 ?? ?? NAHAS: Kenderaan mangsa yang terbalik di lokasi kejadian akibat terbabas sendiri dalam kemalangan terbabit.
NAHAS: Kenderaan mangsa yang terbalik di lokasi kejadian akibat terbabas sendiri dalam kemalangan terbabit.
 ?? ?? RAMPAS: Petrol dan bot yang berjaya dirampas dalam serbuan tersebut.
RAMPAS: Petrol dan bot yang berjaya dirampas dalam serbuan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia