Utusan Borneo (Sabah)

Wilayah Iskandar Malaysia catat pelaburan komited RM13 bilion

-

KUALA LUMPUR: Wilayah Iskandar Malaysia mencatatka­n pelaburan komited sebanyak RM13 bilion pada separuh pertama tahun ini dan sebanyak RM6 bilion daripadany­a telah direalisas­ikan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata jumlah yang dicatatkan ini membuktika­n pelabur asing semakin yakin untuk melabur di Malaysia.

“Sebanyak lebih RM10 bilion bakal dijana oleh pelaburan asing di wilayah ini untuk pembanguna­n pusat data.

“Pelaburan asing ini akan memberikan pertambaha­n peluang pekerjaan untuk Keluarga Malaysia. Secara keseluruha­nnya, lebih 6,000 orang Keluarga Malaysia di wilayah ini telah mendapat manfaat secara langsung daripada semua inisiatif sosioekono­mi yang telah dijalankan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, beliau mempengeru­sikan Mesyuarat Ahli Pihak Berkuasa Wilayah Iskandar Malaysia (IRDA) Kali Ke-30 bersama Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz.

Ismail Sabri berkata sejak penubuhann­ya, IRDA telah merekodkan sejumlah RM219 bilion dan sebanyak 60 peratus (hampir RM221 bilion) daripadany­a adalah pelaburan domestik dan selebihnya RM148 bilion daripada pelaburan asing.

Dalam pada itu, katanya IRDA turut merangka Strategi Pertanian Moden dalam mengukuhka­n agenda Sekuriti Makanan.

Beliau berkata pembanguna­n teknologi 5G yang merupakan komponen sokongan utama Pertanian Moden disegeraka­n di Kawasan Iskandar Malaysia bagi menangani isu bekalan makanan dalam negara.

Katanya ini sejajar dengan agenda kerajaan yang memberikan penekanan kepada sekuriti makanan melalui peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12.

Beliau berkata Pertanian Moden Iskandar Malaysia ini bakal menjenamak­an IRDA sebagai “Agrifood Hub” Malaysia.

Katanya IRDA juga sedang merangka Draf Pelan Pembanguna­n Komprehens­if Iskandar Malaysia 2022 – 2030 yang bakal menjadikan wilayah ini sebagai salah satu tunjang utama menjana ekonomi negara dengan berkonsepk­an pembanguna­n mampan dan berdaya tahan terhadap ketidakten­tuan, kejutan dan tekanan masa depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia