Utusan Borneo (Sabah)

UKSB beri sumbangan politik RM2.6 juta kepada Tun M: Saksi

Sumbangan dana dibayar melalui anak saudara Tun Dr Mahathir

-

SHAH ALAM: Seorang saksi memberitah­u Mahkamah Tinggi di sini bahawa Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) memberi sumbangan politik berjumlahR­M2.6jutakepad­a bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Pengurus Pentadbira­n UKSB David Tan Siong Sun, 47, berkata demikian semasa pemeriksaa­n balas oleh peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika lejar di dalam komputer riba milik saksi itu dirujuk kepadanya semasa perbicaraa­n kes rasuah bekas timbalan perdana menteri itu berhubung projek Visa Luar Negara (VLN) semalam.

Ketika ditanya Ahmad Zaidi, adakah Tun Dr Ma- hathir menerima sumbangan politik, saksi itu menjawab, “Ya dan parti (Bersatu)”.

Saksi ke-17 itu memberitah­u mahkamah bahawa sumbangan dana itu dibayar melalui anak saudara (Tun Dr Mahathir) iaitu Tan Sri Rahmat Abu Bakar yang menggunaka­n kod nama ‘Kedahan’.

Ahmad Zaidi: Kenapa anda membuat pembayaran kepada Tan Sri Rahmat?

Tan: Saya percaya ia adalah untuk dana politik.

Ahmad Zaidi: Bahawa RM2.6 juta telah diberikan kepada Tan Sri Rahmat untuk diberi kepada Tun Mahathir, adakah itu betul, untuk dana politik? Tan: Betul.

Tan turut memberitah­u mahkamah bahawa Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin turut diberi sumbangan politik daripada UKSB melalui sahabat baik ahli politik itu, Datuk Teo Wee Cheng yang juga merupakan pengarah syarikat SHH Resources Sdn Bhd.

Saksi itu turut bersetuju dengan Ahmad Zaidi bahawa dana yang diterima Ahmad Zahid adalah dana politik.

Ahmad Zaidi: Adakah anda melihat Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin di mahkamah di sebelah Datuk Seri Zahid? Tan: Tidak. Ahmad Zahid, 69, menghadapi 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri bagi menyambung kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmat­an Pusat Sehenti (OSC) di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN) serta untuk mengekalka­n perjanjian kontrak untuk membekalka­n sistem bersepadu VLN kepada syarikat yang sama oleh Kementeria­n Dalam Negeri.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, dia didakwa memperoleh untuk dirinya SG$1,150,000; RM3 juta; 15,000 Swiss Franc dan US$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan rasmi dengan tugas rasminya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung hari ini.

“Bahawa RM2.6 juta telah diberikan kepada Tan Sri Rahmat untuk diberi kepada Tun Mahathir, adakah itu betul, ” untuk dana politik?

Datuk Ahmad Zaidi Zainal Peguam

 ?? — Gambar Bernama ?? PERBICARAA­N DISAMBUNG: Ahmad Zahid (tengah) hadir di Kompleks Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam bagi perbicaraa­n berhubung kes rasuah berkaitan Sistem Visa Negara (VLN).
— Gambar Bernama PERBICARAA­N DISAMBUNG: Ahmad Zahid (tengah) hadir di Kompleks Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam bagi perbicaraa­n berhubung kes rasuah berkaitan Sistem Visa Negara (VLN).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia