Utusan Borneo (Sabah)

Nama Shahril Sufian, bekas pemimpin MCA dicatat dalam lejar UKSB terima sumbangan politik

-

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi semalam diberitahu bahawa Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan, bekas Menteri Pengangkut­an Tan Sri Chan Kong Choy serta bekas Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Tan Sri Ong Ka Chuan turut diberi sumbangan politik oleh Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Bekas Pengurus Pentadbira­n UKSB David Tan Siong Sun, 47, berkata demikian semasa pemeriksaa­n balas oleh peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika lejar syarikat tersebut dirujuk kepadanya semasa perbicaraa­n kes rasuah bekas timbalan perdana menteri itu berhubung projek Visa Luar Negara (VLN) hari ini.

Saksi pendakwaan ke17 itu berkata pihaknya memberi sumbangan politik masing-masing berjumlah RM1.162 juta kepada Shahril Sufian, Chan (RM7.85 juta) dan Ong (RM922,820).

Beliau berkata kod nama yang digunakan di dalam buku lejar tersebut bagi merujuk ketiga-tiga ahli politik itu adalah ‘S Pat’ untuk Shahril Sufian, Chan (‘Prof’) dan Ong (‘OKC’).

Ketika ditanya Hamidi, adakah Shahril Sufian rakan baik kepada Wan Badak (bekas Pengarah UKSB, Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani) dan KJ (Khairy Jamaluddin), saksi itu menjawab: “Betul”.

Hamidi: Dia dibayar setiap bulan daripada lejar itu? Tan: Betul. Hamidi: Ia untuk dana politik dan pilihan raya umum? Tan: Ya.

Tan juga bersetuju dengan cadangan Hamidi bahawa sumbangan politik kepada Shahril Sufian tersebut kerana Naib Ketua Pemuda UMNO itu mempunyai hubungan baik dengan Wan Quoris Shah dan Khairy.

Sementara itu, ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Zander Lim Wai Keong semasa pemeriksaa­n semula, mengapa tiada sebarang laporan polis dibuat berhubung kenyataan beberapa ahli politik yang menafikan pernah menerima sumbangan politik daripada UKSB, Tan berkata memandangk­an wang telah diberikan dan prosiding mahkamah sedang berjalan, beliau tidak berhasrat berbuat demikian.

Ahmad Zahid, 69, menghadapi 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri bagi menyambung kontrak syarikat itu sebagai pengendali perkhidmat­an Pusat Sehenti (OSC) di China dan Sistem Visa Luar Negara (VLN) serta untuk mengekalka­n perjanjian kontrak untuk membekalka­n sistem bersepadu VLN kepada syarikat yang sama oleh Kementeria­n Dalam Negeri.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, dia didakwa memperoleh untuk dirinya SG$1,150,000; RM3 juta; 15,000 Swiss Franc dan US$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai kaitan rasmi dengan tugas rasminya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia