Utusan Borneo (Sabah)

Suri rumah, rakan didakwa bunuh suami

-

JOHOR BAHRU: Seorang suri rumah dan rakannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh suaminya di sebuah flat, Taman Daya, di sini, pada 14 Julai lepas.

Margaret Law, 36, dan Fam Mee Fatt, 53, mengangguk faham ketika jurubahasa membacakan pertuduhan bersama di hadapan Majistret Nurmadiana Mamat.

Mengikut kertas pertuduhan, Law dan Fam telah bersama membunuh suami Law, Lee Ming How, 44, di sebuah rumah di Blok 11, Jalan Nipah, Taman Daya, pada kira-kira 2 petang, 14 Julai lepas.

Kedua-dua tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Kes akan disebut semula pada 27 Sept bagi menunggu laporan post-mortem dan tiada sebarang jaminan dibenarkan.

Sementara itu di mahkamah sama, Law dan Fam mengaku bersalah atas pertuduhan berasingan iaitu memasukkan dadah ke dalam badan mereka.

Law didakwa memasukkan dadah jenis Methamphet­amine dan Amphetamin­e ke dalam badannya di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan (JBS) kira-kira 1.30 tengah hari, 15 Julai lepas.

Fam, yang bekerja sebagai buruh itu, didakwa melakukan perkara sama dengan memasukkan Methamphet­amine ke dalam badannya di tempat sama, kira-kira 12.01 tengah malam, 16 Julai lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun.

Mahkamah kemudianny­a menjatuhka­n hukuman denda RM1,700 yang jika gagal membayar denda, boleh dipenjara enam bulan bagi setiap tertuduh.

Selain itu, mereka juga diperintah­kan menjalani pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

Terdahulu, Law, yang mempunyai tiga orang anak itu, menangis dan merayu agar hukumannya diringanka­n kerana tidak mampu membayar denda.

Fam juga memohon hukuman ringan kerana dia merupakan bapa tunggal kepada seorang anak.

Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Natasha Syed Ahmad dan Nur Aqiilah Ahmad Rofaei bagaimanap­un memohon agar hukuman setimpal buat kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam sebagai pengajaran buat mereka.

 ?? — Gambar Bernama ?? TERTUDUH: Suri rumah Margaret Law (tengah) dan rakannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan membunuh suaminya di sebuah flat, Taman Daya, di Johor Bahru, pada 14 Julai lepas.
— Gambar Bernama TERTUDUH: Suri rumah Margaret Law (tengah) dan rakannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan membunuh suaminya di sebuah flat, Taman Daya, di Johor Bahru, pada 14 Julai lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia