Utusan Borneo (Sabah)

Dua ditahan perdaya rakyat Malaysia jadi pekerja operator pusat panggilan

-

SHAH ALAM: Polis menahan dua lelaki termasuk seorang warga Taiwan kerana disyaki terlibat dalam sindiket scam (tipu) merekrut dan memperdaya rakyat tempatan untuk dijadikan pekerja operator pusat panggilan (calling center) di luar negara, dalam serbuan di Kajang pada Jumaat lepas (22 Julai).

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata bertindak atas maklumat, pihaknya menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat terletak di Taman Setia Impian, Kajang, pada kira-kira 6.30 petang yang membawa kepada penahanan kedua-dua suspek berusia 35 dan 40 tahun itu.

“Hasil soal siasat, warga Taiwan tersebut didapati masuk secara sah ke dalam negara sebagai pelancong sekitar April lepas sebelum merekrut seorang lelaki tempatan yang bertindak sebagai penghantar pekerja operator yang direkrut mereka ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini semalam

Sasikala Devi berkata suspek akan menerima upah sekitar USD1,000 (RM4,455.50) bagi seorang pekerja tempatan yang direkrut, daripada sindiket antarabang­sa yang menjalanka­n kegiatan operator pusat panggilan (scam) dan judi, selain mereka turut menggunaka­n ejen tempatan dengan bayaran komisen yang tinggi sekiranya berjaya mendapatka­n pekerja.

Menurutnya tawaran iklan pekerjaan itu dilakukan menerusi media sosial bagi mencari dan memperdaya­kan warga tempatan yang berminat untuk bekerja di luar negara.

“Setiap pekerja yang berminat mesti mempunyai pasport yang sah sebelum mereka dihantar ke sindiket di Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Myanmar,” katanya.

Beliau berkata suspek lelaki Taiwan itu akan menguruska­n proses mendapatka­n sijil pemeriksaa­n kesihatan COVID-19 dan tiket penerbanga­n melalui sebuah agensi pelanconga­n di Taiwan.

Susulan serbuan itu, menurutnya turut dirampas enam telefon bimbit, 14 pasport Malaysia masing-masing 10 atas nama wanita dan empat lelaki berusia antara 19 dan 40 tahun; 14 borang pemeriksaa­n COVID-19; 19 borang visa kebenaran ke Myanmar; tujuh borang visa ke Dubai yang kesemuanya atas nama individu berlainan dengan ada antaranya dijadualka­n berlepas ke Myanmar akhir Julai ini.

 ?? — Gambar Bernama ?? SINDIKET SCAM: S. Sasikala Devi (kanan) menunjukka­n pasport Malaysia milik mangsa dalam kes sindiket scam (tipu) merekrut dan memperdaya rakyat tempatan untuk dijadikan pekerja operator pusat panggilan (calling center) di luar negara, pada sidang akhbar Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Komersial di Ibu Pejabat Polis Kontinjan (IPK) Selangor, semalam.
— Gambar Bernama SINDIKET SCAM: S. Sasikala Devi (kanan) menunjukka­n pasport Malaysia milik mangsa dalam kes sindiket scam (tipu) merekrut dan memperdaya rakyat tempatan untuk dijadikan pekerja operator pusat panggilan (calling center) di luar negara, pada sidang akhbar Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Komersial di Ibu Pejabat Polis Kontinjan (IPK) Selangor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia