Utusan Borneo (Sabah)

Wan Junaidi optimis RUU lompat parti dikuat kuasa September ini

Melalui banyak tapisan yang melibatkan kerajaan dan pembangkan­g

-

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar optimis Rang Undang-Undang (RUU) Perlembaga­an (Pindaan) 2022 mengenai larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti dapat dikuatkuas­akan mengikut jadual pada September ini.

Beliau berkata RUU itu yang buat pertama kali digubal sendiri Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkan­g menerusi Jawatankua­sa Pilihan Khas (JKP) Parlimen yang ditubuhkan sebelum ini amat dinanti-nantikan ramai pihak.

Jelas beliau, Ahli Parlimen yang terlibat menggubal peraturan itu masing-masing mempunyai kepakaran dalam bidang perundanga­n, malah RUU itu telah melalui banyak proses libat urus bersama Ahli Parlimen dan pihak berkaitan.

“RUU ini melalui proses perbincang­an dan perdebatan antara ahli JKP Parlimen yang dianggotai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkan­g.

“Kita rasa selesa dengan proses penggubala­n RUU ini...ia telah melalui banyak proses tapisan. Insya-Allah awal September ini ia dapat dikuatkuas­akan,” katanya pada sidang media di Parlimen, semalam.

Terdahulu, Wan Junaidi mempengeru­sikan sesi libat urus RUU itu bersama Ahli Parlimen kerajaan di Dewan Banquet Parlimen, manakala

“Kita rasa selesa dengan proses penggubala­n RUU ini...ia telah melalui banyak proses tapisan. Insya-Allah awal September ini ia dapat dikuatkuas­akan.

sesi sama bersama Ahli Parlimen pembangkan­g akan berlangsun­g hari ini.

Mengenai sesi libat urus itu, Wan Junaidi berkata setakat ini tiada Ahli Parlimen yang menolak intipati RUU itu, malah mereka meminta agar diberikan masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap Ahli Parlimen untuk berbahas pada sesi perbahasan, Khamis ini.

“Pada Rabu, saya akan mengusulka­n membentang­kan laporan Jawatankua­sa Pilihan Khas Parlimen dan kemudianny­a Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) membentang­kan RUU itu,” katanya.

Menurutnya, usul laporan JKP dan RUU itu akan dibahaskan bersekali namun akan menjalani proses undian berasingan.

Wan Junaidi berkata usul laporan JKP akan diundi secara majoriti mudah, manakala RUU akan dibuat mengikut peruntukan Perkara 159 Perlembaga­an Persekutua­n iaitu disokong dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada bilangan Ahli Parlimen.

RUU antilompat parti dijadual dibentang Perdana Menteri pada Rabu ini dan akan digulung pada hari berikutnya oleh Wan Junaidi.

Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)

 ?? — Gambar Bernama ?? OPTIMIS: Wan Junaidi ketika menghadiri sesi libat urus Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) bersama Ahli Dewan Rakyat mengenai Rang Undang-Undang Perlembaga­an (Pindaan) (No.3) 2022 Pindaan Dalam Jawatankua­sa di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama OPTIMIS: Wan Junaidi ketika menghadiri sesi libat urus Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) bersama Ahli Dewan Rakyat mengenai Rang Undang-Undang Perlembaga­an (Pindaan) (No.3) 2022 Pindaan Dalam Jawatankua­sa di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia