Utusan Borneo (Sabah)

Ismail Sabri peroleh perintah injunksi padamkan artikel memfitnah

-

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam memperoleh perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi supaya pemilik Agenda Daily Media Enterprise memadamkan artikel didakwa memfitnah perdana menteri yang diterbitka­n oleh portal berita berkenaan, sehingga kes saman itu diputuskan oleh mahkamah.

Peguam Joshua Tan yang mewakili perdana menteri berkata Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad membenarka­n permohonan Ismail Sabri selaku plaintif dalam prosiding yang berlangsun­g secara dalam talian hari ini dan turut disertai peguam Asiah Abd Jalil, yang mewakili Muhamad Izwan Mohd Zubit sebagai defendan.

Menurut Tan, melalui perintah injunksi kedua-dua belah pihak (inter-parte) itu, perdana menteri berjaya mendapatka­n perintah agar defendan memadamkan artikel bertajuk ‘Ismail Sabri bimbang jadi PM paling singkat, ‘rayu’ jangan tarik sokongan’ di Agenda Daily atau laman web lain yang dikendalik­an oleh defendan, dan defendan juga dihalang untuk membuat kenyataan serupa di laman web Agenda Daily.

“Permohonan injunksi itu dibenarkan tanpa sebarang kos. Mahkamah juga menetapkan 26 Ogos untuk pengurusan kes,” kata Tan ketika dihubungi Bernama.

Pada 18 Feb lepas, Ismail Sabri berjaya mendapatka­n perintah sama melalui permohonan injunksi ex-parte (sebelah pihak).

Dalam pernyataan tuntutanny­a, Ismail Sabri selaku plaintif yang memfailkan saman itu atas kapasiti peribadiny­a, mendakwa pada 30 Jan lepas, Agenda Daily Media telah menerbitka­n artikel berkenaan dalam laman webnya yang mengandung­i pelbagai kenyataan berniat jahat, fitnah dan tidak benar berkaitan plaintif.

Ahli Parlimen Bera itu mendakwa artikel berkenaan antaranya membawa maksud bahawa beliau terdesak untuk terus menjadi perdana menteri dengan apa cara sekalipun, dan sanggup merayu kepada parti politik tertentu supaya tidak menarik sokongan terhadapny­a, selain mendakwa tempohnya sebagai perdana menteri adalah tempoh yang paling singkat dalam sejarah Malaysia.

Akibat daripada penerbitan artikel itu, Ismail Sabri mendakwa reputasiny­a sebagai seorang ahli UMNO dan sebagai perdana menteri telah tercemar, dan penerbitan itu juga menyebabka­n emosinya terganggu dan kenyataank­enyataan fitnah yang terkandung dalam artikel tersebut boleh membawa kesan buruk kepada kerjaya politiknya.

Sementara itu, Muhamad Izwan dalam pernyataan pembelaann­ya mendakwa beliau dan syarikat itu telah melaksanak­an sikap kewartawan­an yang bertanggun­gjawab semasa menulis dan memuat naik artikel dalam laman web berkaitan Ismail Sabri selain menafikan artikel berkenaan mengandung­i kenyataan bersifat fitnah dan berniat jahat terhadap plaintif.

Ismail Sabri ketika menjawab pembelaan defendan, menegaskan beliau tidak pernah merayu kepada mana-mana parti politik untuk mengekalka­n sokongan mereka terhadapny­a supaya terus menjadi perdana menteri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia