Utusan Borneo (Sabah)

Verstappen mendominas­i Grand Prix Perancis

Mengambil peluang sepenuhnya dari kemalangan Leslerc untuk menjarakka­n kelebihan mata

-

LE CASTELLET: Juara dunia, Max Verstappen, mengambil sepenuh peluang dari kemalangan Charles Leclerc untuk menjarakka­n kelebihan mata dalam saingan kejuaraan dunia dengan memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Perancis pada Ahad.

Verstappen, 24, memandu tanpa sebarang kesilapan dalam cuaca panas untuk memastikan pasukannya, Red Bull melepasi garisan penamat dengan kelebihan 10.587 saat berbanding pencabar terdekat, Lewis Hamilton, yang meraikan perlumbaan ke-300 dalam kariernya.

Rakan sepasukan Hamilton di Mercedes, George Russell, menduduki tempat ketiga selepas memintas rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez yang terpaksa akur di tempat keempat.

Ia adalah kemenangan ketujuh Verstappen musim ini dan yang ke-27 dalam kariernya selain satu kekecewaan buat Leclerc dalam mencabar kejuaraan dunia.

Selepas 12 dari 22 perlumbaan, Verstappen kini mendahului Leclerc dengan kelebihan 63 mata dalam saingan kategori pemandu.

“Kami mempunyai kepantasan tetapi ia sukar untuk mengekalka­nnya di sini dengan tayar cepat panas, jadi kami terpaksa kekal tenang,” kata Verstappen.

“Anda tidak tahu apa akan berlaku. Ia sangat malang untuk Charles dan saya gembira dia OK.”

Di belakang Perez ialah Carlos Sainz, yang bermula dari petak paling belakang sebelum menamatkan perlumbaan di tempat kelima untuk pasukan Ferrari, di hadapan Fernando Alonso dari pasukan Alpine dan Lando Norris dari pasukan McLaren.

Esteban Ocon di tempat kelapan untuk pasukan Alpine, di hadapan Daniel Ricciardo dari McLaren dan Lance Stroll dari pasukan Aston Martin.

Hamilton berasa gembira untuk menamatkan perlumbaan di tempat kedua.

“Ia perlumbaan sukar kerana botol air saya tidak berfungsi, jadi ia keputusan yang hebat untuk kami, terutama sekali melihat kami begitu jauh ketinggala­n dari segi kepantasan,” katanya. “Daya tahan enjin yang hebat dari pasukan dan George juga melakukan tugas yang hebat.”

Pada petang yang panas dengan suhu litar mencecah 52 darjah Selsius dan suhu udara pada 34 darjah ketika permulaan perlumbaan, Leclerc kelihatan bermula dengan sempurna untuk mendahului Verstappen pada selekoh pertama dengan Hamilton berjaya memintas Perez untuk kedudukan ketiga dari petak keempat.

Leclerc mula menjarakka­n kedudukan dengan satu saat selepas pusingan pertama, yang menyaksika­n Yuki Tsunoda terbabas sedikit dan berjaya kembali bermula sementara Sainz, dari petak paling belakang, mula memintas.

Kelebihan kepantasan kereta Verstappen pada laluan lurus membolehka­n dia merapatkan sedikit jurang di belakang Leclerc namun tetapi gagal memintas pada selekoh dengan Leclerc terus mengekalka­n pendahulua­nnya untuk beberapa pusingan.

Selepas menangani ancaman awal Verstappen, Leclerc berjaya menjarakka­n kedudukan dengan kelebihan 0.9 saat menjelang pusingan ke-13.

Sainz semakin menyerlah apabila berjaya memintas sehingga ke kedudukan ke-10 pada pusingan ke-14.

Leclerc meningkatk­an jurang kelebihan dengan 1.7 saat menjelang pusingan ke-15 apabila suhu litar mencecah 55 darjah Selsius.

“Kita merancang Pelan B,” kata Ferrari kepada Leclerc, mengembali­kan fokus kepada keadaan tayar dan strategi.

Verstappen masuk ke pit pada pusingan ke-17 dan kembali semula di kedudukan ketujuh. Ketika dia kembali, Ferrari memberi amaran kepada Leclerc bahawa tayarnya mula terlampau panas tetapi dia memiliki kelebihan 10 saat di hadapan Hamilton dengan Perez di tempat ketiga, ketinggala­n tambahan tiga saat.

Verstappen berjaya memintas Norris untuk kedudukan keenam tetapi Leclerc terus berada dalam litar dan pada pusingan ke-18, dia terbabas di selekoh Le Beausset. Leclerc berkata dia mempunyai masalah pecutan. Ia adalah kegagalan menamatkan perlumbaan yang ketiga Leclerc musim ini, ketika Ferrari berada pada kedudukan memenangi perlumbaan.

Kereta keselamata­n dimasukkan, dengan Hamilton memasuki pit untuk menukar tayar, membolehka­n Verstappen mendahului semula perlumbaan.

“Ia kesilapan saya,” kata Leclerc, yang keluar dari kokpit kereta tanpa masalah. “Saya terlalu mendesak dan hilang cengkaman tayar belakang.”

Apabila kereta keselamata­n kembali ke pit, Verstappen mengekalka­n kedudukan di hadapan dan tidak menoleh ke belakang lagi selepas itu, dengan Hamilton kelihatan gagal memberikan saingan sengit dari segi kepantasan.

Saingan lebih menarik untuk tempat terakhir podium apabila Russell dan Perez bersaing sengit dengan Russell hanya berjaya memintas Perez ketika berbaki empat pusingan untuk memberikan pasukan Mercedes podium berganda yang pertama mereka musim ini.

“Kami mempunyai kepantasan tetapi ia sukar untuk mengekalka­nnya di sini dengan tayar cepat panas, jadi kami ” terpaksa kekal tenang.

Max Verstappen Pemandu pasukan Red Bull

 ?? — Gambar AFP ?? JUARA: Verstappen (tengah) memegang trofi sambil diapit oleh Hamilton (kiri), dan Russell di atas podium sebaik tamat perlumbaan Formula Satu Grand Prix Perancis di litar Paul-Ricard di Le Castellet, kelmarin.
— Gambar AFP JUARA: Verstappen (tengah) memegang trofi sambil diapit oleh Hamilton (kiri), dan Russell di atas podium sebaik tamat perlumbaan Formula Satu Grand Prix Perancis di litar Paul-Ricard di Le Castellet, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia