Utusan Borneo (Sabah)

Schmeiche jadi buruan Nice, disifatkan dapat gantikan Benitez

-

PARIS: Penjaga gol kelab Leicester City, Kasper Schmeichel dikatakan menjadi buruan kelab Ligue 1 Perancis, Nice.

Penjaga gol antarabang­sa Denmark berusia 35 tahun itu berada pada tahun terakhir kontrak semasanya bersama kelab Liga Perdana Inggeris itu dan mungkin akan menimbangk­an satu tawaran.

Jurulatih baharu Nice, Lucien Farve, melihat Schmeichel sebagai pemain yang boleh menggantik­an Walter Benitez, yang sudah meninggalk­an kleab.

Schmeichel menikmati tempoh cemerlang di Leicester sejak menyertai kelab dari Leeds United pada 2011 tetapi perpindaha­n dari Stadium King Power menjadi antara pilihan selepas hampir 500 penampilan bersama kelab.

Beliau mempunyai baki satu tahun lagi dalam kontrak semasa, dengan kelab Newcastle United sebelum ini pernah menyuaraka­n minat untuk mendapatka­n pemain itu ke St James’ Park.

Gaji Schmeichel ketika ini, 130,000 pound seminggu menjadikan dia salah seorang penerima gaji tertinggi di kelab dan kelab juga berminat untuk mendapatka­n keuntungan dari penjualan kapten mereka sebelum boleh berpindah tanpa yuran perpindaha­n apabila kontraknya tamat pada musim panas tahun hadapan.

Anak kepada penjaga gol legenda Manchester United dan Denmark, Peter Schmeichel itu membantu kelab kembali ke Liga Perdana Inggeris pad 2014 sebelum bermain semua perlawanan liga ketika pasukan di bawah kendalian Claudio Ranieri mencipta kejutan apabila memenangi kejuaraan liga dua tahun kemudian.

Schmeichel menambah koleksi pingatnya sekali lagi tahun lepas apabila Leicester memenangi kejuaraan Piala FA Inggeris buat kali pertama dalam sejarah kelab.

Penjaga gol simpanan Leicester, Danny Ward, bermain hanya satu perlawanan liga sejak tiba dari Liverpool pada 2018 dengan yuran 12.5 juta pound.

Leicester, yang dibimbing Brendan Rodgers, masih belum membeli pemain baharu dalam pasaran perpindaha­n pemain ketika ini, dengan laporan mencadangk­an bahawa kelab perlu menjual sebelum pembelian baharu boleh dilakukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia