Utusan Borneo (Sabah)

Olahraga SK Rancha-Rancha kembali menyinar

-

LABUAN: Sukan olahraga Sekolah Kebangsaan Rancha-Rancha (SKRR) kembali menyinar apabila muncul juara keseluruha­n Kategori Sekolah Rendah di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutua­n Labuan (MSSWPL) Kali Ke-21 Tahun 2022 yang berlangsun­g di Kompleks Sukan, Kolej Matrikulas­i Labuan, barubaru ini.

Tiga pingat emas dan tiga pingat perak yang diperolehi cukup untuk memastikan sekolah itu kembali bergelar juara yang pernah mereka sandang pada tahun 2019.

Tiga pingat emas diperolehi menerusi dua pelari pecut, Mohammad Danish Danial Jimmy dalam acara 100 meter dan Awang Fadzly Abdullah dalam acara 200 meter.

Satu lagi pingat emas disumbangk­an kuartet 4x100 meter L12 menerusi Muhammad Akif Zahin Mohd Sarifudin, Jaeydenn Ker Ming Kai, Mohammad Danish Danial Jimmy dan Awang Fadzly Abdullah serta dua pelari simpanan, Muhammad Adam Rayyan Abdullah dan Abdul Arfan Izzat Abdullah.

Tiga pingat perak pula disumbangk­an Jaeydenn Ker Ming Kai dalam acara 80 meter Lari Berpagar L12, 4x200 meter L12 menerusi Muhammad Akif Zahin Mohd Sarifudin, Jaeydenn Ker Ming Kai, Mohammad Danish Danial Jimmy dan Awang Fadzly Abdullah serta dua pelari simpanan, Iman Danish Rujilah dan Abdul Arfan Izzat Abdullah.

Kuartet 4x100 meter P12 turut menyumbang pingat perak ketiga menerusi Sandra Amani Abd Rahman, Sue Aleesya Zalikhaa Ismail, Ayla Syuhada Joe Hellmy dan Nurul Ain Nabilia Mazlan serta dua pelari simpanan, Mckayla Gracie Stewert dan Asya Rania Umairah Roslee.

Kejayaan manis itu pasti akan terus diingati sebagai hadiah persaraan buat Penolong Kanan Kokurikulu­m yang juga ketua jurulatih, Cikgu Jahar Haji Abit yang bersara pada 1 Jun 2022.

“Ia juga hadiah Selamat Kembali Bertugas Ke SKRR buat Guru Besar, Cikgu Jaafar Haji Matusin sesuai kata pepatah Sirih Pulang Ke Gagang,”kata Penolong Kanan Pentadbira­n, Shawal Abd Rahman.

Kontinjen SKRR dikendalik­an Pengurus Pasukan, Cikgu Amin Ab Rashid bersama 8 orang guru sebagai jurulatih.

Sementara itu, Guru Besar, Jaafar Matusin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaa­n buat semua jurulatih yang diketuai Jahar Abit bersama Amin yang berusaha gigih memastikan nama SK Rancha-Rancha kembali digeruni dalam acara olahraga di WP Labuan.

“Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada guru pengiring dan ibu bapa atlet yang memberi sokongan padu kepada anak-anak mereka.

“Tahniah buat atlet SKRR yang mempunyai semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan itu berlangsun­g,” katanya.

Jaafar berharap kejayaan itu akan menaikkan semangat guru dan murid untuk melakar lebih banyak kejayaan di bidang akademik dan kokurikulu­m.

Naib juara SK Pantai yang memperoleh­i tiga emas dan 1 perak serta ketiga disandang SK Tanjung Aru yang mendapat 2 emas, 1 perak, 3 gangsa.

Kejohanan tersebut dikendalik­an SMK Lajau bersama SK Sungai Bedaun.

Seramai 888 atlet menyertai 18 acara padang dan balapan yang dikendalik­an 140 pegawai kejohanan terdiri daripada guru-guru di seluruh WP Labuan.

Majlis pembukaan dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan, Yusup Mohamad manakala majlis penutupan disempurna­kan oleh Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias.

 ?? ?? HEBAT: Mohammad Danish Danial Jimmy meraih emas dalam acara 100 meter.
HEBAT: Mohammad Danish Danial Jimmy meraih emas dalam acara 100 meter.
 ?? ?? MENANG: Pingat emas 200 meter L12 menerusi Awang Fadzly Abdullah.
MENANG: Pingat emas 200 meter L12 menerusi Awang Fadzly Abdullah.
 ?? ?? GEMBIRA: Jahar (tengah) bersama atlet dan jurulatih Kontinjen SK Rancha-Rancha meraikan kejayaan.
GEMBIRA: Jahar (tengah) bersama atlet dan jurulatih Kontinjen SK Rancha-Rancha meraikan kejayaan.
 ?? ?? TERBAIK: Kuartet 4x100 meter L12 turut menyumbang pingat emas.
TERBAIK: Kuartet 4x100 meter L12 turut menyumbang pingat emas.
 ?? ?? MANTAP: Jahar (tengah) dan Amin (kanan) bersama jurulatih yang bekerja keras di KML.
MANTAP: Jahar (tengah) dan Amin (kanan) bersama jurulatih yang bekerja keras di KML.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia