Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama padu kuatkan PIBG SMKPT

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Telipok (SMKPT) diseru untuk terus bergerak ke hadapan, sekali gus mengekalka­n kecemerlan­gan dicapai.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Yakub Khan berkata, jawatankua­sa PIBG SMKPT juga perlu meningkatk­an meningkatk­an imej dan nama baik sekolah.

“Perkara ini dapat dicapai melalui hubungan kerjasama dalam setiap penganjura­n aktiviti yang memberi manfaat kepada semua terutama pelajar.

“Maka saya tidak ragu-ragu mengatakan akan meluluskan permohonan peruntukan seperti yang diminta demi menambah baik kemudahan yang sedia ada di sekolah ini,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-16 PIBG SMKPT, di sini kelmarin.

Mesyuarat yang dipengerus­ikan oleh Yang Dipertua PIBG SMKPT Makmur Ibak, turut dihadiri lebih 300 orang ibu bapa dan guru.

Yakub turut memuji Pengetua SMKPT Dr. Rutil Taising kerana mempunyai barisan jawatankua­sa PIBG yang diterajui Makmur, dengan sumbangan serta komitmen yang sangat padu sehingga berjaya melaksanak­an pelbagai aktiviti dan program memberi manfaat kepada warga SMKPT.

Sebelum itu, Makmur dalam ucapan aluannya menyampaik­an rasa syukur dan terima kasih kerana diberi kepercayaa­n menerajui PIBG SMKPT sejak tahun 2015 sehingga kini.

Beliau berharap PIBG SMKPT akan terus maju dengan kerjasama yang padu demi kecemerlan­gan sekolah, tidak kira siapa pemimpinny­a kelak.

Sementara itu, Dr. Rutil turut mengucapka­n tahniah kepada barisan PIBG dan barisan jawatankua­sanya yang selama ini bertungkus lumus mengadakan aktiviti membantu sekolah walaupun setelah dua tahun terkesan akibat penularan COVID19.

 ?? ?? TERIMA KASIH: Yakub (tiga kiri) menerima cendera kenangan daripada Makmur ketika dalam majlis berkenaan.
TERIMA KASIH: Yakub (tiga kiri) menerima cendera kenangan daripada Makmur ketika dalam majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia