Utusan Borneo (Sabah)

Agong zahir harapan UniPSAS jadi universiti Islam tersohor

-

KUANTAN: Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam, menzahirka­n harapan agar Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) terus menempa nama menjadi unversiti islam tersohor dan melahirkan graduan berkualiti untuk menjadi pelapis golongan alim ulama.

Seri Paduka Baginda bertitah bagi menyemarak­kan syiar Islam dalam bidang pendidikan, UniPSAS yang bermula sebagai sebuah kolej kecil pada tahun 1996, perlu terus meneroka bidang pengajian yang baharu serta menjalin hubungan strategik dengan universiti lain termasuk di luar negara.

“UniPSAS juga hendaklah menjadi contoh dan teladan sebagai sebuah universiti Islam yang ditadbir dengan cekap, telus dan berintegri­ti.

“Menerusi pemasyhura­n ini, beta yakin nama U ni P S A Sakan lebih dikenali dan membawa UniPSAS menjadi universiti berwibawa dalam pengajian agama serta menjadi pilihan utama sebagai destinasi untuk menyambung pengajian bagi anak muda terutamany­adaripada lepasan sekolah menengah agama,” titah Seri Paduka Baginda.

Al-Sultan Abdullah bertitah demikian semasa mencemar duli menyempurn­akan Majlis Pemasyhura­n UniPSAS di sini semalam. Turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h.

Turut berangkat ialah ana kanda Seri Paduka Baginda iaitu Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Tengku Panglima Raja Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah selain majlis turut dihadiri barisan pentadbira­n Pahang yang diketuai Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Pada majlis itu, AlSultan Abdullah juga berkenan mengurniak­an watikah pelantikan sebagai Canselor UniPSAS kepada Tengku Hassanal dan Tengku Amir Nasser sebagai Pro-Canselor II manakala Wan Rosdy dilantikse­bagai Pro-Canselor I universiti tersebut.

Selain itu, Al-Sultan Abdullah menerusi Titah Diraja juga berkongsi bahawa UniPSAS ‘sangat dekat’ di hati kerana penubuhan dan pembanguna­nnya sangat sinonim serta berkait rapat dengan Almarhum Ayahanda Seri Paduka iaitu Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah yang sentiasa prihatin dengan pembanguna­n institusi pendidikan itu.

“Beta telah menunaikan impian Almarhum (Sultan Ahmad Shah) untuk membangunk­an sebuah kolej Islam di Pahang menjadi universiti Islam. Beta ingin berpesan kepada Canselor dan seluruh pimpinan serta ahli pengarah untuk terus bekerja memajukan UniPSAS agar namanya terus tersohor sebagai universiti Islam terunggul di negara ini,” titah Seri Paduka Baginda.

Al-Sultan Abdullah juga menzahirka­n rasa syukur dengan penubuhan Akademi Hadis UniPSAS untuk membudayak­an budaya hadis dalam masyarakat serta Institusi Jawi yang bertujuan memperkasa­kan tulisan jawi, dengan kedua-duanya merupakan cetusan idea Seri Paduka Baginda.

Sejarah UniPSAS bermula pada tahun 1996 dengan kumpulan pertama seramai 67 pelajar sebelum dikenali sebagai Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) pada November 2000 dan dinaik taraf sebagai Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) pada 20 Okt 2015.

KUIPSAS dinaik taraf secara rasminya sebagai UniPSAS pada 1 Dis 2021 yang menjadikan­nya sebagai universiti penuh pertama milik kerajaan negeri Pahang, dengan menawarkan pengajian daripada peringkat diploma hingga doktor falsafah.

 ?? — Gambar Bernama ?? AMANAT: Al-Sultan Abdullah berkenan menyampaik­an titah diraja pada Majlis Pemasyhura­n Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) di Kuantan, semalam. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah (kanan) dan Tengku Hassanal Ibrahim (dua kiri).
— Gambar Bernama AMANAT: Al-Sultan Abdullah berkenan menyampaik­an titah diraja pada Majlis Pemasyhura­n Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) di Kuantan, semalam. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah (kanan) dan Tengku Hassanal Ibrahim (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia