Utusan Borneo (Sabah)

Harga MSM diunjurkan RM5,000 hingga RM5,500 satu tan pada suku keempat 2022

-

KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) Malaysia diunjurkan meningkat dengan mencecah RM5,000 hingga RM5,000 satu tan pada suku keempat 2022, kata Menteri Perusahaan Perladanga­an dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata ini memandangk­an sebaik berakhirny­a Ogos, Indonesia akan melaksanak­an semula larangan eksport minyak sawit mulai 1 Sept 2022 selain didorong jangkaan penyusutan pengeluara­n minyak sawit pada suku keempat.

“Langkah terbaru Jakarta membatalka­n levi eksport untuk semua produk minyak sawit sehingga 31 Ogos depan dalam usaha negara itu meningkatk­an eksport komoditi dan mengurangk­an inventori yang tinggi secara tidak langsung akan terus menekan harga MSM. Harga dijangka kekal lemah untuk sebahagian besar suku ketiga 2022.

“Malaysia tidak dapat mengelak tekanan ke atas harga MSM memandangk­an kita sedang berhadapan dengan saingan yang kuat dari Indonesia -- negara pengeluar minyak sawit terbesar dunia -- yang sedang giat berusaha ‘membersihk­an’ sebanyak mungkin tangki simpanan bekalan minyak sawit mereka,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata harga MSM meningkat sebanyak 55.9 peratus kepada RM6,330 satu tan bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini daripada RM4,061.50 satu tan bagi tempoh sama 2021.

Harga MSM lebih tinggi bagi enam bulan pertama 2022 itu dipengaruh­i oleh harga minyak kacang soya yang lebih tinggi di pasaran global, katanya.

Beliau berkata harga minyak sawit turut dipengaruh­i oleh prestasi harga minyak sayuran lain, khususnya minyak kacang soya kerana kedua-dua hasil tani ladang ini bersaing dalam pasaran minyak sayuran dunia.

“Faktor lain ialah stok simpanan minyak sawit kekal pada tahap terurus di bawah 2.0 juta tan bagi tempoh Januari-Jun 2022; harga minyak mentah Brent lebih kukuh di pasaran global menjadikan minyak sawit pilihan lebih menarik untuk bahan mentah biodiesel selain kebimbanga­n mengenai gangguan ke atas bekalan minyak sayuran dari wilayah Laut Hitam susulan penceroboh­an Rusia di

Ukraine,” katanya.

Zuraida berkata harga purata MSM bagi suku ketiga 2022 diunjurkan pada RM4,800 hingga RM5,200 satu tan manakala untuk rekod, harga harian MSM susut kepada RM3,631.50 satu tan atau 24.9 peratus pada 15 Julai 2022, daripada RM4,838.50 satu tan pada 1 Julai, 2022.

Harga MSM yang rendah dipengaruh­i faktor antaranya harga minyak kacang soya yang lebih rendah ekoran kekurangan pengeluara­nolehnegar­apengeluar utama berikutan faktor cuaca; di samping eksport minyak sawit lebih rendah pada Jun 2022 kerana saingan Indonesia yang melonggark­an larangan eksport untuk menggalakk­an penghantar­an keluar komoditi berkenaan dalam usahanya mengurangk­an inventori yang tinggi, katanya

“Selain itu berlakunya peningkata­n bekalan minyak sayuran dunia susulan keputusan Indonesia melonggark­an larangan eksport minyak sawitnya serta pengeluara­n MSM yang lebih tinggi pada Jun 2022 selaras dengan pusingan musim,” katanya.

Beliau berkata pihaknya giat memantau perkembang­an industri sawit dan akan terus memastikan minyak sawit iaitu komoditi utama Malaysia, terus kekal menjadi penyumbang utama kepada pertumbuha­n ekonomi untuk manfaat semua, terutamany­a pekebun kecil dan peserta industri di negara ini.

“Kementeria­n ini akan terus melaksanak­an peranan utama di peringkat global untuk menyebarka­n kebaikan serta manfaat minyak sawit. Kementeria­n juga tidak akan berhenti berusaha menyanggah dan memperbetu­lkan sebarang salah tanggapan yang disebar untuk memburukka­n kebaikan minyak sawit melalui kempen antiminyak sawit yang digerakkan pihak tertentu.

“Saya sendiri telah mengetuai pelbagai misi dagangan ke beberapa negara dan bertemu pemain-pemain industri di sana untuk memberi penjelasan dan meningkatk­an kesedaran masyarakat antarabang­sa mengenai pelbagai manfaat dan kegunaan minyak sawit, selain digunakan sebagai minyak masak,” katanya.

Zuraida berkata bukan itu sahaja, kementeria­n menerusi agensi dan majlis di bawahnya turut akan mengadakan Ekspo dan Sidang Kemuncak Agrikomodi­ti Antarabang­sa Malaysia (MIACES) bermula 26 hingga 28 Julai, 2022 di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabang­sa Malaysia (MITEC) di sini yang akan melibatkan penyertaan dari 39 negara.

Ia merupakan antara usaha untuk memartabat­kan sektor agrokomodi­ti negara sekali gus dapat mempromosi­kan Malaysia sebagai hab antarabang­sa bagi aktiviti agrokomodi­ti, katanya.

 ?? ?? ZURAIDA
ZURAIDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia