Utusan Borneo (Sabah)

4 warga asing masuk secara haram ditahan

Dipercayai baru tiba dari negara jiran dan sedang bersembuny­i di sebuah kilang batu

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Empat lelaki warga asing yang dipercayai masuk ke negara ini secara haram berjaya ditahan pasukan Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) di Kampung Batu Payung, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, semua warga asing berkenaan disyaki baru tiba dari negara jiran dan sedang bersembuny­i di sebuah kilang batu berhampira­n kampung tersebut.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad berkata maklumat berhubung kemasukan warga asing itu diterima daripada Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung (JPKK) Kampung Batu Payung.

Katanya, susulan itu, pasukan QRF yang menjalanka­n rondaan Op Benteng berjaya mengesan semua suspek sedang bersembuny­i di lokasi kejadian.

“Mereka terdiri empat lelaki berumur 18 hingga 24 tahun dan semua suspek terbabit ditahan untuk menjalani pemeriksaa­n awal dokumentas­i.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati, semua suspek tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, tiada permit kerja dan cop pengesahan kebenaran masuk ke negeri Sabah,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Menurutnya, semua warga asing terbabit mengaku masuk ke negara ini secara haram menggunaka­n laluan yang tidak diwartakan dan bertujuan untuk bekerja.

“Semua suspek terus dibawa ke Balai Polis Sri Indah, Tawau untuk tindakan selanjutny­a dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Abdul Karim menzahirka­n ucapan tahniah kepada semua anggota pasukan keselamata­n yang bertugas dan JPKK Kampung Batu Payung atas kejayaan ini.

“Kerjasama yang erat antara agensi-agensi penguatkua­saan membuktika­n fungsi dan peranan pasukan keselamata­n dalam menjamin keselamata­n Perairan Pantai Timur Sabah di tahap yang terbaik.

“ATB 2 akan sentiasa memperting­katkan jaringan kerjasama secara berterusan dengan pelbagai agensi dalam usaha mengekang jenayah rentas sempadan dari terus berlaku,” katanya.

 ?? ?? TANGKAP: Semua warga asing terbabit ditahan untuk tindakan lanjut.
TANGKAP: Semua warga asing terbabit ditahan untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia