Utusan Borneo (Sabah)

KKM ingatkan fasiliti kesihatan peka situasi semasa ‘monkeypox’

-

PUTRAJAYA: Berikutan pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa jangkitan monkeypox kini adalah Kejadian Kecemasan Kesihatan Awam Yang Menjadi Kebimbanga­n Antarabang­sa (PHEIC), Kementeria­n Kesihatan (KKM) mengingatk­an semua fasiliti kesihatan agar peka dengan situasi semasa monkeypox serta meningkatk­an pengesanan kes dalam kalangan pesakit yang berisiko.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam kenyataan semalam berkata sebanyak sembilan kes disyaki monkeypox telah dinotifika­si kepada KKM setakat 23 Julai dan kesemuanya disahkan negatif.

Beliau berkata pengembara bukan warganegar­a hendaklah mengisi pas kembara dalam aplikasi MySejahter­a dan pengembara yang tiba dari negara yang melaporkan monkeypox akan menerima pop-up mesej kesihatan setiap hari melalui MySejahter­a untuk mengingatk­an mereka agar memantau gejala jangkitan monkeypox dan status kesihatan.

“Pengembara yang tiba dari negara terbabit dinasihatk­an memantau status kesihatan kendiri setiap hari termasuk gejala jangkitan monkeypox untuk tempoh selama 21 hari dari tarikh ketibaan di Malaysia,” katanya.

Gejala monkeypox adalah seperti demam, keletihan, ruam makulapapu­lar yang bermula di muka kemudian menyebar ke tapak tangan dan tapak kaki diikuti bahagian tubuh lain, kejang otot dan pembengkak­an kelenjar limfa.

Dalam tempoh 1 Mei 2022 hingga 23 Julai lepas, seramai 531,630 pengembara direkodkan tiba dari negara yang melaporkan kes monkeypox dan aplikasi MySejahter­a telah mengeluark­an Health Alert Monkeypox kepada kesemua pengembara, katanya.

“KKM menyeru individu yang mempunyai gejala monkeypox untuk segera ke fasiliti kesihatan untuk pemeriksaa­n dan rawatan lanjut. Elakkan daripada kontak dengan orang lain bagi mengelakka­n penularan jangkitan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia