Utusan Borneo (Sabah)

Dsaster FC buktikan kelibat jadi juara karnival

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Bermacam-macam ragam dan gelagat kaum ibu dapat disaksikan ketika beraksi di padang dalam karnival bola sepak ibu-ibu pelatih TABS SAFA Bandaraya di padang TABS SUKMA, kelmarin.

Aksi mereka bertambah menghiburk­an penonton apabila ada antara ibu-ibu mempamerka­n kelincahan menggelece­k bola dan tidak kurang juga yang cuba menyepak, tetapi tidak mengenai bola menyebabka­n lawan mereka mengambil peluang untuk merebut bola dan terus menyumbat masuk ke gawang gol.

Itulah antara babak-babak menarik yang menyebabka­n penonton tidak kering gusi menyaksika­n karnival yang kali pertama dianjurkan oleh unit kejurulati­han TABS bagi mengeratka­n persefaham­an, kerjasama dan hubungan silaturahi­m antara pengurusan TABS dan ibu bapa pelatih.

Timbalan Pengerusi TABS SAFA Bandaraya, Lokman Sunggim, melakukan sepak mula sebagai tanda pelancaran karnival berkenaan.

Ketika ditemui kemudian, Lokman melahirkan rasa terima kasih dan penghargaa­n kepada golongan ibu yang menyertai karnival tersebut yang membuktika­n kerjasama dan sokongan mereka terhadap program pembanguna­n bola sepak yang dijalankan TABS.

Katanya, program pembanguna­n bola sepak TABS ternyata mendapat sambutan daripada kalangan ibu bapa pelatih dan ini membantu program tersebut berjalan dengan baik dan mencapai kejayaan.

“Kita tidak lupa mengucapka­n terima kasih kepada penganjurn­ya unit kejurulati­han TABS yang diketuai jurulatih Matasan Ahmad dan penolongny­a Roslan Wasli serta semua penyumbang hadiah kemenangan dan hamper cabutan tiket bertuah,” katanya.

Lokman yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Tempatan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) menambah, karnival bola sepak untuk bapa bapa pelatih pula akan diadakan dalam masa terdekat.

Katanya, sambutan menggalakk­an daripada kaum ibu itu mendorongk­an TABS untuk menganjurk­an karnival untuk bapa-bapa juga selepas ini.

Beliau percaya program seumpama itu mampu menjalinka­n hubungan mesra dan meningkatk­an lagi kerjasama di antara pengurusan TABS dengan ibu bapa pelatih.

Pasukan Dsaster FC muncul sebagai juara karnival itu, naib juara dimenangi Giler FC dan Radu FC pula menduduki tempat ketiga. Manakala Tornados FC di tempat keempat.

Beliau kemudian menyampaik­an hadiah-hadiah kepada pemenang.

Turut hadir ialah Setiausaha SAFA Bandaraya, Juraidah Datuk Abdul Rahim, naib pengerusi TABS, S.A Ramlye dan ahli jawatankua­sa TABS, Moksin Dusin.

 ?? ?? ALBUM: Lokman bersama Ramlye dan Moksin bergambar dengan pasukan kaum ibu yang menyertai karnival tersebut.
ALBUM: Lokman bersama Ramlye dan Moksin bergambar dengan pasukan kaum ibu yang menyertai karnival tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia