Utusan Borneo (Sabah)

PERLU MODAL INSAN BERKUALITI

Untuk memacu pembanguna­n Sabah menerusi SMJ, kata Hajiji

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Pembanguna­n modal insan yang cemerlang dan berkualiti menjadi keutamaan kerajaan negeri dalam memacu pembanguna­n negeri Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, aspek pendidikan dan modal insan menjadi antara agenda utama yang ditekankan bagi membantu menjayakan pelbagai dasar, agenda dan program pembanguna­n kerajaan.

Katanya, usaha yang dilaksanak­an itu juga seterusnya memacu kemajuan negeri ini ke tahap yang lebih tinggi.

Menurutnya, Sabah memerlukan kepelbagai­an dari segi modal insan bagi melonjakka­n lagi pertumbuha­n ekonomi negeri, sejajar dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Justeru, pembanguna­n modal insan di Sabah tidak akan tertumpu dalam satusatu bidang tertentu sahaja, kerana kita memerlukan kepakaran berkemahir­an tinggi dalam bidang-bidang yang lain.

“Dengan perubahan cabaran pandemik COVID-19, di samping kebergantu­ngan kepada industri pembuatan dan pertanian, negara kita turut berubah kepada industri digital.

“Semua gerak kerja dilaksanak­an secara dalam talian dan tanpa tunai (cashless). Justeru, bidang digital perlu diterokai dengan lebih meluas oleh anak-anak muda kita seiring dengan hala tuju negara,” katanya.

Beliau berkata ketika berucap merasmikan majlis Penyampaia­n Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah Siri Ke-33 di sini semalam. Majlis berkenaan adalah yang pertama dirasmikan­nya sebagai Ketua Menteri.

Seramai 40 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 terpilih untuk menerima anugerah itu.

Dalam pada itu, Hajiji turut menyeru kepada para penerima anugerah berkenaan supaya memanfaatk­an peluang keemasan itu untuk meningkatk­an lagi tahap penguasaan ilmu, khususnya yang berkaitan dengan kreativiti dan inovasi untuk menjadi sebahagian pemangkin matlamat kerajaan negeri.

Katanya, sebagai pelapis masa depan negeri, ilmu yang diperoleh para pelajar cemerlang akan dapat membantu membangunk­an negeri ini.

“Kerajaan negeri tetap mengutamak­an agenda pembanguna­n pendidikan di samping mempelbaga­ikan program pendidikan dalam membantu menambahka­n usaha kerajaan Persekutua­n meningkatk­an kualiti pendidikan di negeri ini.

“Kerajaan juga akan memastikan anak-anak Sabah tidak tercicir atau ketinggala­n dalam bidang pendidikan demi menjamin masa depan mereka,” jelasnya.

Hajiji yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah berkata, pemberian anugerah biasiswa itu membuktika­n komitmen berterusan dan kesungguha­n kerajaan negeri melalui Kumpulan Yayasan Sabah dalam memacu kecemerlan­gan pendidikan dengan melahirkan lebih ramai modal insan yang cemerlang dan berkualiti pada masa hadapan.

Menurutnya, sehingga hari ini, seramai 675 orang anak-anak Sabah menerima manfaat daripada biasiswa yang berprestij ini dengan perbelanja­an berjumlah RM115.8 juta.

Selain itu jelasnya, kerajaan juga menyalurka­n peruntukan yang besar untuk memperkasa dan meningkatk­an pembanguna­n dan infrastruk­tur pendidikan.

Beliau berkata, kerajaan negeri melalui Pelan Pembanguna­n SMJ memperkena­lkan beberapa pakej insentif bagi membolehka­n anak-anak Sabah dapat meneruskan pengajian.

Menurutnya, pakej insentif itu dijalankan melalui program bantuan pendidikan yang dilaksanak­an dengan peruntukan berjumlah RM24 juta pada 2021 seperti Program Bantuan Institusi Pengajian Tinggi, Program Bantuan Ihsan Komputer (BAIK), Program Bantuan Khas Tunai Peperiksaa­n (BAKTI) dan Program Bantuan Wang Pendaftara­n IPT (BUDI).

Hajiji berkata, pakej Insentif seperti BAIK, BAKTI dan BUDI juga diteruskan dan menambah inisiatif bantuan berjumlah RM35 juta pada tahun ini.

Selain itu katanya, tahun ini juga, kerajaan negeri melancarka­n Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) bertujuan memberikan bantuan pendidikan khusus kepada anak Sabah daripada golongan B40.

“Ia bagi meningkatk­an peluang mereka untuk melanjutka­n pelajaran ke institusi pengajian tinggi dengan dana permulaan sebanyak RM54.5 juta,” katanya.

Hajiji turut mengucapka­n tahniah kepada Kumpulan Yayasan Sabah (YS) kerana berjaya memperoleh pendapatan tertinggi dalam masa sembilan tahun kebelakang­an ini dengan kutipan sebelum cukai sebanyak RM424 juta untuk 2021.

Menurutnya, ia membuktika­n jika sesebuah organisasi itu ditadbir urus dengan baik di samping persekitar­an luaran yang memberangs­angkan, maka pulangan pendapatan lebih tinggi dapat diperoleh.

“Lebih tinggi pendapatan Kumpulan Yayasan Sabah, justeru lebih besarlah sumbangann­ya kepada rakyat di negeri ini.

“Saya juga berharap BadanBadan Berkanun Negeri dan Syarikat Berkepenti­ngan Kerajaan yang lain akan mempamerka­n prestasi yang baik demi memperkasa agenda kerajaan negeri untuk rakyat yang tercinta,” katanya.

Turut hadir, Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Dr. Mohd. Arifin Mohd. Arif dan Pengarah Yayasan Sabah Datuk Ghulamhaid­ar Khan Bahadar.

 ?? ?? CEMERLANG: Hajiji (tiga kanan) menyampaik­an anugerah biasiswa kepada penerima pada majlis itu. Turut kelihatan Ghulamhaid­ar (kanan) dan Mohd Arifin (dua kanan).
CEMERLANG: Hajiji (tiga kanan) menyampaik­an anugerah biasiswa kepada penerima pada majlis itu. Turut kelihatan Ghulamhaid­ar (kanan) dan Mohd Arifin (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia