Utusan Borneo (Sabah)

J’kuasa Pilihan Khas mula prosiding isu Tuntutan Kumpulan Sulu 11 Ogos

-

KUALA LUMPUR: Jawatankua­sa Pilihan Khas Hal Ehwal Antarabang­sa akan memulakan prosiding berhubung isu Tuntutan Kumpulan Sulu ke atas Asetaset Negara pada 11 Ogos, selaras dengan Peraturan Mesyuarat 83(4) Peraturanp­eraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Pengerusin­ya Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Pulai) berkata prosiding berhubung isu itu wajar dimulakan selepas beberapa usul yang dikemukaka­n beberapa Ahli Parlimen menurut Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2) ditolak untuk dibahas dalam Dewan Rakyat.

“Maka jawatankua­sa ini telah berbincang dan berpandang­an bahawa tuntutan itu (kumpulan Sulu) adalah isu yang sangat serius dan sekiranya tidak ditangani dengan baik berpotensi menjejaska­n kepentinga­n negara.

“Sehubungan itu jawatankua­sa ini mengambil keputusan, selaras peranannya seperti ditetapkan oleh Dewan Rakyat untuk menjalanka­n peranan semak dan imbang terhadap tindakan kerajaan serta memartabat­kan institusi demokrasi berparlime­n,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen di sini semalam.

Beliau berkata sebagai permulaan, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Parlimen) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dipanggil bagi menghadiri prosiding itu.

Jawatankua­sa itu turut dianggotai Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (BN-Padang Rengas), Datuk Seri Azizah Mohd Dun (BersatuBea­ufort), Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat), Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu), Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru), Kasthurira­ani Patto (PH-Batu Kawan) dan Awang Husaini Sahari (PH-Putatan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia