Utusan Borneo (Sabah)

ESSCOM laksana Ops Gasak Laut banteras bagang haram

- Oleh Hamzah Sanudin

KUDAT: Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan melaksanak­an Operasi Gasak Laut (Bagang) secara bersepadu di perairan daerah Kudat bermula Khamis ini.

Operasi tersebut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Taman-Taman Sabah (TTS) dan Jabatan Perikanan Sabah (JPS).

Komander ESSCOM, Hamzah Ahmad berkata operasi itu bertujuan untuk merobohkan bagangbaga­ng yang dibina secara haram di perairan Kudat.

“Berdasarka­n hasil pemantauan pihak berkuasa mendapati pembinaan bagang-bagang haram semakin bertambah di perairan ini.

“Kita bimbang ia akan menimbulka­n ancaman kepada keselamata­n negara dan kesejahter­aan masyarakat khasnya di perairan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE),” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Katanya, operasi itu akan dijalankan mengikut peruntukan Seksyen 48 (1)(j), Enakmen TamanTaman Sabah 1984 (Pindaan 2007), Seksyen 11(3)(c), Akta Perikanan 1985 dan undang-undang lain yang berkaitan.

Menurutnya, pihak penguat kuasa TTS dan JPS akan mengeluark­an Notis Pengosonga­n dan Perobohan ke atas bagangbaga­ng haram semasa operasi itu dilaksanak­an.

“Individu yang mempunyai bagang haram di perairan pantai timur Sabah dinasihatk­an supaya segera mengosong dan merobohkan struktur berkenaan sebelum pihak berkuasa mengambil tindakan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan struktur atau bagang haram di ESSZONE agar melaporkan segera ke Pusat Operasi ESSCOM di talian 089-863181 atau aplikasi Whatsapp nombor 011-63311072,” katanya.

 ?? ?? HAMZAH
HAMZAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia