Utusan Borneo (Sabah)

Cadangan perjanjian baharu ganti MA63 terpesong perjuangan nasionalis­me

-

KUALA LUMPUR: Cadangan mengadakan perjanjian baharu bagi menggantik­an Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) merupakan pandangan yang terpesong daripada perjuangan nasionalis­me negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata sekiranya MA63 diabaikan, ia bermakna membelakan­gkan Persekutua­n Malaysia.

“Perjanjian Malaysia 1963 adalah dokumen ‘suci’ dan asas pembentuka­n Persekutua­n Malaysia, yang bermaksud jika tiada MA63, tiadalah Malaysia. Tiada siapa yang harus mengubah perjanjian asas yang membawa kepada pembentuka­n Malaysia,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Azis Jamman (Warisan-Sepanggar) mengenai pandangan kerajaan terhadap cadangan beberapa ahli politik termasuk Ahli Parlimen Keningau berhubung keperluan perjanjian baharu bagi menggantik­an MA63 dan implikasin­ya kepada Wilayah Sabah dan Sarawak.

Menurutnya, MA63 amat penting kerana tanpanya tidak akan ada rujukan dan asas untuk membincang­kan isu-isu yang dapat memberikan manfaat kepada Sabah dan Sarawak.

“Kita harus memberi tumpuan kepada perkara seperti sama ada perkara yang dipersetuj­ui semasa pembentuka­n Malaysia telah dipatuhi dan sama ada hak itu ada yang masih belum dipenuhi, maka tanggungja­wab kita untuk sama-sama memastikan ia dilaksanak­an,” katanya.

Ongkili turut mengingatk­an semua supaya bersatu padu membina keamanan dan perpaduan di negara ini serta mengelak daripada bermain dengan semantik dan politik yang boleh mengganggu gugat kesatuan Keluarga Malaysia.

Dalam pada itu, Datuk Seri Dr Gapari Katingan (STAR-Keningau) bangun mengakui pernah membuat kenyataan berhubung perkara itu.

“Kini, kerajaan telah mengambil langkah untuk melaksanak­an dan menghormat­i kandungan Perjanjian MA63, maka apa yang saya cadangkan pada waktu itu tidak lagi relevan,” katanya.

 ?? ?? ONGKILI
ONGKILI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia