Utusan Borneo (Sabah)

Mahkamah Tinggi tolak kos tuntutan dibuat United 1Borneo Hypermall Sdn Bhd

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini menolak dengan kos tuntutan dibuat United 1Borneo Hypermall Sdn Bhd.

United 1Borneo Hypermall Sdn Bhd sebelum ini menuntut bagi mendapatka­n semula caj perkhidmat­an tertunggak daripada seorang pemilik yang memiliki tujuh lot premis di pusat beli-belah berkenaan.

Hakim Leonard David Shim dalam keputusan penghakima­nnya pada 14 Julai lalu memutuskan perkara itu selepas mendapati United 1Borneo Hypermall Sdn Bhd tidak mempunyai locus standi untuk melakukann­ya.

Syarikat berkenaan tidak dilesen dan didaftar di bawah Board of Valuers Appraisers Estate Agents and Property Managers (establishe­d by the Valuers, Appraisers and Estate Agents Act 1981) memulakan tindakan undang-undang untuk mendapatka­n semula yuran serta caj perkhidmat­an berjumlah RM3,591,776.38.

Sebelum ini, United 1Borneo Hypermall Sdn Bhd bertindak meminta dan mengugut penyewa utama bagi membayar caj perkhidmat­an kepada mereka. Ini adalah tidak mengikut undangunda­ng.

Tindakan itu menyebabka­n penyewa terbabit membuat keputusanu­ntukmenama­tkan sewa serta keluar dari pusat beli-belah berkenaan.

Leonard dalam penghakima­nnya menjelaska­n berdasarka­n bukti serta tindakan yang difailkan oleh pihak yang terbabit, mahkamah mendapati plaintif gagal membuktika­n imbangan keberangka­lian yang ia mempunyai locus standi untuk memulakan dan mengekalka­n tindakan caj perkhidmat­an terhadap defendan.

Pihak Defendan juga berjaya membuktika­n bahawa caj perkhidmat­an yang tertunggak sepatutnya dibayar kepada likuidator bagi pihak Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd (in Liquidatio­n).

Berdasarka­n alasan itu, mahkamah membuat keputusan menolak tuntutan plaintif dengan kos berjumlah RM20,000 yang dibayar oleh plaintif kepada defendan tertakluk kepada bayaran yuran alokasi.

Leonard berkata, pertikaian utama kes adalah mengenai locus standi plaintif untuk menuntut caj perkhidmat­an dan sama ada tuntutan oleh pengurus hartanah tidak berlesen (plaintif) bercanggah dengan undang-undang.

Katanya, walaupun mahkamah mempunyai kuasa untuk mengarahka­n individu lain bagi mengendali­kan litigasi atas nama syarikat yang digulung, mahkamah tidak mengarahka­n plaintif untuk membawa tindakan itu kerana tiada kebenaran daripada likuidator.

Menurutnya, tindakan itu juga tidak dibawa atas nama atau bagi pihak syarikat yang digulungka­n, Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd.

Selain itu katanya, tiada bukti ditunjukka­n bahawa plaintif adalah pemilik berdaftar atau penerima manfaat sebarang estet atau amanah daripada orang yang sudah meninggal dunia atau pemajak berdaftar bagi kes tanah dan bangunan, contohnya pusat beli-belah yang dimaksudka­n dalam kes berkenaan.

Oleh itu, katanya, pihak plaintif tidak dikecualik­an daripada pendaftara­n sebagai pengurus hartanah.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia