Utusan Borneo (Sabah)

UMNO Kalabakan fokus bantu rakyat

Suryady yakin hubungan GRS-BN sentiasa utuh bagi mempertaha­n kerajaan negeri

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: UMNO Kalabakan mahu fokus bantu dan selesaikan masalah rakyat, sambil merangka strategi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan datang.

Ketua Bahagian UMNO Kalabakan, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata walaupun persediaan PRU15 sedang giat dilaksanak­an, namun kebajikan rakyat tetap menjadi keutamaan parti.

Katanya, pemimpin perlu sentiasa bersama-sama rakyat dalam menghadapi kemelut ekonomi dunia yang tidak stabil terutamany­a inflasi dan kenaikan harga barang.

“Amanah yang dipikul sebagai pemimpin, harus dilakukan dengan sebaiknya dan perlu kerja keras supaya setiap rakyat dapat pembelaan,” katanya ketika ditemui media dalam Hari Potensi KEMAS, di sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu berkata, jentera UMNO Kalabakan sentiasa bersedia bagi menghadapi PRU15 akan datang.

“UMNO Sabah juga akan mengadakan sesi turun padang di seluruh negeri untuk berjumpa rakyat dan melihat persediaan jentera parti.

“UMNO Sabah akan pergi ke semua enam zon di negeri ini dan ia akan dimulakan dalam jangka masa terdekat selewat-lewatnya bulan hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, Suryady yakin hubungan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Barisan Nasional (BN) sentiasa utuh bagi mengekalka­n kedudukan dalam memimpin kerajaan negeri.

“Ketiadaan BN dalam mesyuarat GRS baru-baru ini adalah wajar, kerana ia hanya melibat gabungan dalam parti itu sahaja dan tidak ada isu sama sekali.

“Saya yakin, Ketua Menteri dan pemimpin utama di Sabah akan mempertaha­nkan kerajaan negeri sedia ada seperti mandat rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu,” katanya.

 ?? ?? TEMU RAMAH: Suryady ditemui media ketika menghadiri dan merasmikan Hari Potensi Tabika KEMAS.
TEMU RAMAH: Suryady ditemui media ketika menghadiri dan merasmikan Hari Potensi Tabika KEMAS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia