Utusan Borneo (Sabah)

Satu tan sampah dikutip sempena ‘Coastal Clean-up with Community’

-

KOTA KINABALU: Sejumlah satu tan sampah dikutip di pesisir pantai Pusat Pembanguna­n Luar (ODEC), Universiti Malaysia Sabah (UMS) sempena program ‘Coastal Clean-up with Community’ yang berlangsun­g di sini, baru-baru ini.

Program anjuran AEON Credit Service dengan kerjasama Pusat Kokurikulu­m dan Pemajuan Pelajar (PKPP) UMS dan Sukarelawa­n Siswa UMS itu disertai seramai 120 sukarelawa­n.

Pengurus Kawasan Sabah AEON Credit Service, Esmond Teo Yee Seng berkata, sejajar dengan falsafah syarikat AEON, aktiviti tanggungja­wab sosial korporat (CSR) merupakan acara tahunan AEON untuk memupuk kesedaran masyarakat tentang kepentinga­n menjaga kebersihan kawasan-kawasan tumpuan awam dan alam semula jadi.

“Selain daripada pantai ODEC UMS, dua lagi pantai yang terlibat dalam program seperti ini iaitu di Pantai Sepat (Pahang) dan Pantai Bersih (Pulau Pinang).

“Pada 16 Julai yang lalu, program ini telah diadakan di Pantai Morib (Selangor), Pantai Batu Layar (Johor) dan Pantai Kampung Buntal (Sarawak).

“Sasaran AEON Credit adalah untuk mengutip sebanyak 6.5 tan sampah termasuk sisa plastik, polisterin dan lain-lain sisa sampah di lokasiloka­si terbabit,” katanya ketika berucap pada program tersebut.

Sementara itu, Pengarah PKPP, Dr. Jurry Foo menzahirka­n penghargaa­n kepada AEON Credit yang memilih Pantai ODEC, UMS sebagai salah satu lokasi pantai dalam siri program CSR mereka.

“Pantaiinim­enjaditump­uan pelancong dan pelawat dari luar terutamany­a pada hujung minggu yang ingin menikmati suasana matahari terbenam.

“Justeru, usaha ini dilihat mampu mengurangk­an sampah agar orang ramai yang berkunjung ke sini berasa selesa dan gembira untuk berjalan-jalan di pantai,” katanya.

 ?? ?? KENANGAN: Sampah yang dikumpul sukarelawa­n dari AEON Credit Service dan warga UMS.
KENANGAN: Sampah yang dikumpul sukarelawa­n dari AEON Credit Service dan warga UMS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia