Utusan Borneo (Sabah)

Membantu perkukuh pemahaman guru

Seramai 77 guru hadiri CPD Pembugaran STEMEC SMK Taman Perumahan Bedaun

-

LABUAN: Seramai 77 guru dari tiga sekolah iaitu SMK Taman Perumahan Bedaun, SM St. Anthony dan SK Sungai Bedaun telah menghadiri Pembanguna­n Profesiona­l Berterusan (CPD) Pembugaran STEMEC – Project Based Learning (PBL) STEM anjuran SMK Taman Perumahan Bedaun, baru-baru ini.

CPD ini telah disampaika­n oleh Pegawai SISC+, Arni Samiraty Adol Samat dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Pengetua SMK Taman Perumahan Bedaun, Norazita Md Nor dalam ucapannya berkata tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang STEMEC dan Project Based Learning (PBL) STEM khasnya kepada guru-guru baharu dan juga untuk memperkuku­hkan pemahaman guru-guru terhadap program STEMEC ini, program ini turut dibuka penyertaan­nya untuk guruguru Sekolah STEMEC yang lain di Labuan (SM St. Anthony dan SK Sg Bedaun).

Arni berkata, di bawah initiatif #49 Pengukuhan STEM, terdapat enam kandungan asas yang ditekankan iaitu STEM dalam konteks pendidikan, Pendekatan STEM, Konsep Pendidikan STEM dalam Projek STEMEC, PBL STEM, Pentaksira­n Autentik dan Teknik Penyoalan.

Katanya, konsep PBL STEM yang diaplikasi­kan dalam proses Pengajaran dan Pembelajar­an (PdP) perlu melibatkan enrolmen pelajar di dalam bilik darjah untuk meningkatk­an pengetahua­n murid yang lebih mendalam dalam bidang STEM.

Tambah Arni lagi, STEM dalam konteks pendidikan meliputi tiga aspek iaitu STEM sebagai Bidang, STEM sebagai Aliran dan STEM sebagai Pendekatan.

Terdapat tiga aspek pendekatan PdP STEM yang perlu diterapkan dalam PdP iaitu Pengetahua­n STEM, Kemahiran STEM dan Nilai STEM.

Secara keseluruha­nnya, PdP STEM melibatkan pengintegr­asian pengetahua­n, kemahiran dan nilai yang membudayak­an amalan STEM melalui strategi inkuiri, penyelesai­an masalah dan projek dalam konteks dunia sebenar.

Bagi mencapai objektif PdP STEM dalam kalangan murid, pembudayaa­n tiga aspek pendekatan PdP STEM perlu diaplikasi­kan dalam PdP guru melalui amalan pengajaran STEM dengan menekankan tujuh ciri PdP STEM dalam bilik darjah.

“Perancanga­n PdP guru perlu melibatkan tujuh ciri PdP STEM. Sekiranya wujud ciri-ciri tersebut, guru sudah dalam proses melahirkan murid ke arah pembelajar­an STEM,” kata Arni.

Antara amalan STEM yang boleh diterapkan dalam PdP guru ialah menyoal dan mengenal pasti masalah, merancang dan menjalanka­n penyiasata­n, menjelaska­n dan mereka bentuk penyelesai­an dengan kreatif dan inovatif serta membangunk­an dan menggunaka­n model.

Oleh itu, guru perlu menyediaka­n aktiviti PdP yang menarik minat, memotivasi­kan dan relevan, menggalakk­an murid bekerjasam­a dalam satu pasukan dan memberi peluang murid untuk eksplorasi ilmu menggunaka­n pelbagai media.

Penekanan PBL STEM dalam PdP perlu melibatkan pengintegr­asian dua bidang mata pelajaran seperti pengintegr­asian STEM antara Bidang Sains dan Bidang Kemanusiaa­n atau Bidang Bahasa dan Bidang Sains.

Projek yang dihasilkan bertujuan untuk membantu guru mencapai Standard Pembelajar­an (SP) dan Standard Kandungan (SK) yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum Pembelajar­an (DSKP) termasukla­h membantu penglibata­n murid berkaitan dengan pengalaman pembelajar­an yang kontekstua­l dan relevan dalam kehidupan harian.

Guru-guru perlu mengaplika­sikan PBL STEM dalam projek STEMEC berpanduka­n Model IDEAL dalam Projek STEMEC kerana pembelajar­an STEM yang dilaksanak­an secara bersepadu merupakan indikator utama pelaksanaa­n pendidikan STEM yang berkesan di sekolah.

Pendidikan STEM yang menekankan konsep berpanduka­n komponen 4C atau 4K iaitu komunikasi, kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal seperti yang terkandung di dalam pembelajar­an abad ke-21 (PAK-21) serta kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dapat melahirkan generasi muda yang mempunyai kemahiran tinggi dalam menyelesai­kan masalah kompleks.

Turut hadir Pengetua SM St Anthony, Saibin Gunsari, Guru Besar SK Sg Bedaun, Dg Sarifah A. Mahmod, Penolong Kanan Pentadbira­n SMKTPB, Chai Yee San dan Penolong Kanan Pentadbira­n, SM St. Anthony Leberie @ Liberiah H. Dalus.

 ?? ?? BERJAYA: Antara para peserta program CPD.
BERJAYA: Antara para peserta program CPD.
 ?? ?? INFORMASI: Arni (atas, kiri) memberi penerangan tentang Pendekatan PdP STEM kepada Norazita (atas, kanan), warga guru SMK Taman Perumahan Bedaun, SM St. Anthony dan SK Sg. Bedaun.
INFORMASI: Arni (atas, kiri) memberi penerangan tentang Pendekatan PdP STEM kepada Norazita (atas, kanan), warga guru SMK Taman Perumahan Bedaun, SM St. Anthony dan SK Sg. Bedaun.
 ?? ?? INTERAKTIF: Norazita bersoal jawab dengan penceramah program.
INTERAKTIF: Norazita bersoal jawab dengan penceramah program.
 ?? ?? ARNI
ARNI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia