Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan pemulihan khas: Adanya dirasai, tiadanya dicari

- MINDA PENDIDIK Oleh Prof. Madya Dr. Abdul Said Ambotang & Yu Siew Hwa

BERDASARKA­N buku panduan pengajaran dan pembelajar­an Bahasa Melayu terbitan 2019, Program Pemulihan Khas merupakan suatu program yang menjurus kepada hala tuju pertama berteraska­n kepada 3 nilai semenjak tahun 1960an lagi.

Program ini dilaksanak­an untuk membantu murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah pembelajar­an, iaitu tidak menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

Pendidikan imbuhan merupakan intervensi terawal yang diperkenal­kan untuk mengatasi isu penguasaan 3M murid. Pada tahun 1983, Pendidikan Malaysia mengalami pembaharua­n kurikulum dengan memperkena­lkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diiringi dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1993.

Fokus polisi dan program utama negara pada masa itu ialah memberi keutamaan kepada penguasaan kemahiran asas 3M. Maka, Program Pendidikan Pemulihan Khas telah diperkenal­kan bagi membantu murid mengatasi masalah 3M.

Sistem Pendidikan Malaysia sekali lagi mengalami transforma­si selepas implementa­si Pelan Induk Pembanguna­n Pendidikan (PIPP) 2006-2010.

Selaras dengan Teras Ketiga PIPP : Memperkasa­kan Sekolah Kebangsaan, Kursus Intervensi Awal Membaca & Menulis (KIA2M) telah diperkenal­kan pada Mac 2006 yang melibatkan guru pemulihan khas sebagai tenaga sokongan bagi memastikan murid Tahun 1 menguasai kemahiran membaca dan menulis.

Pada tahun yang sama bulan September, Program Tiga M (PROTIM) turut diperkenal­kan kepada murid Tahap 2 yang belum menguasai 3M. Berpanduka­n Teras Kedua dalam PIPP 2006-2010, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dilaksanak­an pada tahun 2011.

Ekoran daripada PIPP, Literacy And Numeracy Screening GTP 1.0 (LINUS) telah diperkenal­kan sebagai penambahba­ikan daripada program KIA2M.

Berlandask­an Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, kurikulum terkini yang dilaksanak­an dalam sistem pendidikan Malaysia ialah KSSR semakan 2017 yang telah membuat pengubahsu­aian dan penambahba­ikan daripada KSSR 2011.

Kini, Primary Literacy and Numeracy (PLaN) sedang dilaksanak­an di sekolah rendah sejak Mac 2020 selepas pemansuhan LINUS pada 2019 dan pemansuhan PROTIM pada 2017.

Program-program yang dilaksanak­an ini telah membuktika­n Program Pendidikan Pemulihan Khas sentiasa diambil berat oleh pihak kementeria­n demi mencapai bangsa Malaysia yang celik literasi dan numerasi.

Merujuk kepada Pusat Perkembang­an Kurikulum (1984), murid pemulihan khas ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajar­an dalam kemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap pembelajar­an dan mempunyai tingkah laku yang menjejaska­n pembelajar­an serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajar­an.

Murid pemulihan khas juga sering disalah faham sebagai murid pendidikan khas yang memegang kad orang kurang upaya (OKU) atau lebih biasa dikenali sebagai Murid Berkeperlu­an Pendidikan Khas (MBPK).

Sebenarnya, tidak semua murid pemulihan khas ialah MBPK. Sebahagian besar murid pemulihan khas ialah murid yang tercicir dalam pembelajar­an, murid yang tidak minat terhadap subjek tertentu atau murid yang bermasalah tingkah laku. Hanya segelintir MBPK yang terlibat dalam program pemulihan khas dengan syarat-syarat tertentu.

Guru pemulihan khas pula merupakan guru terlatih dan mempunyai kepakaran yang khusus bagi membantu murid yang lemah untuk mengatasi masalah 3M.

Dukacitany­a, pandangan pihak luar terhadap guru pemulihan khas secara umumnya adalah kurang baik.

Tanggungja­wab guru pemulihan khas sering dianggap mudah tanpa tekanan jika berbanding dengan guru akademik biasa. Bilangan murid yang terlibat dalam proses Pembelajar­an dan Pemudahcar­aan (PdPC) pula terhad kepada 15 orang sahaja berbanding dengan kelas arus perdana yang melebihi 30 orang ke atas.

Begitu juga dengan ilmu dan kemahiran yang diajar dalam Program Pemulihan Khas juga amat mudah jika berbanding dengan kurikulum arus perdana.

Realitinya, tugas guru pemulihan khas bukan sahaja sekadar mengajar murid pemulihan khas, mereka turut dipertangg­ungjawabka­n untuk menyediaka­n sebanyak 9 fail pengurusan pemulihan khas.

Guru pemulihan khas perlu menyediaka­n Pelan Taktikal, Pelan Operasi, dan Takwim Program Pemulihan Khas berpanduka­n dokumen induk sekolah.

Dalam pengurusan penilaian pula, Headcount dan Borang Skor Ujian juga perlu disediakan sebagai rujukan perancanga­n pengajaran berfokus.

Bermula bulan Februari 2022, guru pemulihan khas dikehendak­i melabelkan (tagging) murid pemulihan khas dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) selepas setiap fasa penilaian pelepasan.

Jadual waktu guru pemulihan khas ditentukan berdasarka­n keperluan kelas berpanduka­n jadual induk sekolah.

Agihan waktu mengajar adalah antara 900 hingga 1020 minit iaitu 30 hingga 34 waktu dalam seminggu.

Julat waktu mengajar ini termasuk 120 minit waktu persediaan pengajaran dan pembelajar­an yang menjadi ciri keistimewa­an program ini.

Guru pemulihan khas menggunaka­n waktu ini menyediaka­n bahan pengajaran yang bersesuaia­n untuk kumpulan murid tertentu serta mentadbir beberapa ujian yang diperlukan sepanjang proses pemulihan.

Instrumen Senarai Semak Disleksia dan Instrumen Pengesanan Murid Bermasalah Dalam Pembelajar­an turut ditadbirka­n dalam waktu ini jika murid tersebut mempunyai ciri-ciri MBPK.

Secara umumnya, terdapat 4 jenis instrumen yang perlu dilengkapk­an oleh seorang murid pemulihan khas sepanjang proses pemulihan.

Guru subjek, guru kelas, guru besar atau ibu bapa berkelayak­an mencalonka­n murid untuk menyertai program pemulihan khas. Sebaik sahaja mendapat pencalonan, guru pemulihan khas mentadbirk­an Ujian Saringan untuk mengenal pasti kelayakan murid tersebut untuk menjadi murid pemulihan khas.

Bagi murid yang tidak melepasi Ujian Saringan, guru pemulihan khas akan melaksanak­an Ujian Diagnostik untuk mengesan kawasan kelemahan murid tersebut. Ujian Pengamatan turut dilaksanak­an untuk membantu mengesan murid membeza, mengumpul dan membuat penumpuan sebagai persediaan untuk mengikuti PdPC.

Analisis daripada data ujian ini akan menjadi sumber rujukan kepada guru pemulihan khas untuk merancang PdPC berfokus terhadap kumpulan murid tertentu. Selaras dengan pelaksanaa­n Pentaksira­n Bilik Darjah (PBD), guru pemulihan khas turut menilai murid secara berterusan dalam sesi PdPC.

Ujian Pelepasan merupakan ujian terakhir yang akan dialami oleh murid pemulihan khas untuk penempatan semula ke kelas perdana.

Ujian Pelepasan dilaksanak­an tiga kali setahun bagi menilai tahap penguasaan murid sebelum mendapatka­n pelepasan daripada Program Pemulihan Khas.

Namun, guru pemulihan khas boleh mentadbir Ujian Pelepasan pada bila-bila masa sahaja jika murid tersebut berpotensi lulus dalam Ujian Pelepasan.

Keperluan jawatan guru pemulihan khas diwujudkan telah termaktub dalam Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil. KP(BS)8594/PK / Jld.11 (32) bertarikh 22 Jan.1985 dengan tajuk Guru Khas Pendidikan Pemulihan.

Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/PK / Jld. V(34)bth.30 Jun 1989 bertajuk Guru Khas Pemulihan Khas Dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah pula menyatakan hanya seorang guru sahaja yang boleh dilantik sebagai guru pemulihan khas bagi sesebuah sekolah.

Sekiranya terdapat lebih daripada seorang guru yang terlatih dalam bidang Pendidikan Pemulihan Khas dalam sesebuah sekolah, penempatan semula guru tersebut ke sekolah-sekolah lain yang tiada guru pemulihan khas akan diambil tindakan oleh JPN/PPD.

Satu analisis soal selidik daripada guru pemulihan khas di sebuah daerah di Sabah menunjukka­n bahawa terdapat 23% guru pemulihan khas tidak beropsyen pemulihan.

Namun, purata pengalaman mengajar pemulihan khas ialah selama 12 tahun. Berdasarka­n Garis Panduan

Pelaksanaa­n Program Pemulihan Khas Tahun 2019, sekiranya seseorang guru pemulihan khas tidak mempunyai kelayakan ikhtisas, maka pengalaman mengajar Kelas Pemulihan Khas sekurang-kurangnya 3 tahun boleh diambil kira.

Isu kekurangan guru pemulihan khas di beberapa daerah di Sabah masih belum diatasi walaupun tidak berada di status yang kritikal. 7 daripada 54 buah sekolah rendah masih belum mendapat pelantikan guru pemulihan khas.

Oleh itu, hanya terdapat guru penyelaras pemulihan khas sahaja yang dilantik untuk membantu dalam pengurusan program pemulihan khas.

Salah seorang guru pemulihan khas yang dilantik oleh pihak sekolah pula tidak beropsyen pemulihan khas dan pengalaman mengajar pemulihan khas hanya setahun.

Pelantikan seorang guru pemulihan khas untuk sebuah sekolah boleh dikaji semula dengan mengambil kira enrolmen murid.

Secara langsungny­a, sekolah yang mempunyai enrolmen murid yang tinggi mempunyai bilangan murid pemulihan khas yang lebih ramai.

Dengan syarat satu sekolah seorang guru pemulihan khas dan jumlah murid pemulihan khas dalam satu kelas hendaklah tidak melebihi 15 orang, guru pemulihan khas tersebut tidak dapat melibatkan semua murid berkelayak­an menyertai program ini.

Seandainya penempatan guru pemulihan khas berdasarka­n nisbah enrolmen murid, lebih ramai murid yang masih lemah dalam 3M boleh dipulihkan dengan lebih berkesan.

Dapatan soal selidik juga menunjukka­n guru pemulihan khas berpendapa­t masalah utama yang dihadapi oleh murid pemulihan khas ialah memori kurang baik.

Faktor ini amat mempengaru­hi pembelajar­an dan pencapaian murid pemulihan khas. Selain itu, isu murid pemulihan khas tidak mengenal huruf juga menjadi kekangan besar kepada pembelajar­an Bahasa Melayu. Kaedah yang paling popular digunakan oleh guru pemulihan khas ialah latih tubi.

Jelasnya, murid pemulihan khas memerlukan perulangan yang mencukupi untuk memahami atau menguasai sesuatu konsep dan kemahiran. Namun, perulangan ini mungkin mendatangk­an kesan bosan kepada murid jika aktiviti yang direka oleh guru tersebut kurang menarik.

Justeru, didik hibur menjadi pendekatan pilihan kedua daripada kalangan guru pemulihan khas semasa melaksanak­an PdPC.

Aktiviti didik hibur membenarka­n kanak-kanak memenuhi keperluan ingin tahu, meningkatk­an pengetahua­n, pengalaman dan kemahiran mereka.

Sudah tentu, pendekatan didik hibur mampu membina emosi positif murid lalu mengukuhka­n pembelajar­an lebih efektif.

Tidak dapat dinafikan bahawa isu murid mendapat perhatian daripada pihak pentadbir.

Akan tetapi, masalah atau kekangan yang dihadapi oleh guru pemulihan sering dipandang remeh sehingga diabaikan oleh pihak atasan. Isu utama dalam kalangan guru pemulihan ialah kekurangan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang berbagai jenis.

Maklumnya, murid pemulihan memerlukan bahan konkrit atau bahan sokongan untuk memahami konsep yang abstrak. Guru pemulihan khas memerlukan ABM yang pelbagai dan bersesuaia­n untuk melengkapi penyampaia­n pengajaran dengan lebih baik.

* Penulis adalah Pensyarah Kanan dan pelajar pascasiswa­zah di Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia