Utusan Borneo (Sabah)

Tindakan berat ceroboh padang, gunakan bom asap

-

LONDON: Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Bola Sepak Inggeris (EFL) mengumumka­n tindakan baharu lebih berat ke atas mereka yang menceroboh masuk ke dalam padang dan menggunaka­n bom asap dan bunga api.

Musim lepas menyaksika­n pertambaha­n jumlah penceroboh padang pada akhir musim dengan penyokong meraikan kejuaraan, kenaikan liga atau terselamat dari penyingkir­an.

Beberapa ketegangan berlaku dalam padang, termasuk satu melibatkan pengurus Crystal Palace, Patrick Vieira sementara pemain kelab Sheffield United, Billy Sharp, diserang seorang penyokong selepas perlawanan playoff ketika tewas di Nottingham Forest.

Bom asap dan bunga api, yang sudah lama digunakan semasa perlawanan di Eropah dan juga di tempat lain di seluruh dunia, kebiasaann­ya jarang berlaku di England tetapi penggunaan­nya sudah menjadi lebih kerap sejak akhir-akhir ini.

Kedua-dua liga dan Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris berkata bahawa dari awal musim baharu “semua pesalah yang dikenali pasti akan dilaporkan oleh kelab kepada polis dan pendakwaan akan menyebabka­n mereka mempunyai rekod jenayah kekal, yang mungkin menjejaska­n pekerjaan dan pendidikan mereka dan juga boleh menyebabka­n hukuman penjara.”

Kenyataan berbunyi: “Tambahan lagi, sesiapa yang memasuki padang dan mereka dikenali pasti membawa atau menggunaka­n bunga api atau bom asap, akan sekarang menerima penggantun­gan automatik memasuki stadium kelab. Penggantun­gan ini mungkin akan termasuk kepada ibu bapa atau penjaga yang kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti ini.”

FA berkata mereka bekerja dengan polis dan pihak pejabat pendakwaan untuk memastikan pendakwaan “akan menjadi tindakan wajib.”

Liga juga mahu menapis penerbitan video menunjukka­n penceroboh­an ke dalam padang dan bom asap menerusi kerjasama dengan syarikat media sosial untuk mengeluark­an rakaman itu dengan segera selain meminta kerajaan mengubah peraturan untuk mengawal bekalan bunga api dan bom asap.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) FA, Mark Bullingham berkata: “Peningkata­n dalam tingkah laku anti sosial yang kita lihat dalam stadium pada akhir musim lepas sememangny­a tidak boleh diterima dan meletakkan keselamata­n orang lain dalam risiko. Bersama-sama, bola sepak Inggeris telah memperkena­lkan langkah baharu dan tindakan lebih keras, untuk musim baharu bagi menyampai pesanan jelas bahawa kami tidak akan bertolak-ansur dengan tingkah laku berbahaya dan tidak sah seperti ini.”

Langkah itu disokong oleh Persatuan Penyokong Bola Sepak (FSA).

“Kami dihubungi oleh penyokong hampir setiap masa yang dikesan melompat pagar atau membakar bunga api di tempat duduk dan tanpa pengecuali­an mereka kesal dengan apa yang mereka lakukan,” kata presiden FSA, Kevin Miles.

“Sama ada mereka mempunyai niat positif atau tidak mempunyai kaitan di mata undang-undang — penceroboh­an padang dan membakar bunga api adalah haram, anda akan didakwa dan digantung oleh kelab anda.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia