Utusan Borneo (Sabah)

Perpindaha­n Leno ke Fulham semakin hampir

-

LONDON: Penjaga gol kelab Arsenal, Bernd Leno, semakin hampir untuk menyertai kelab Fulham selepas berminggu-minggu rundingan di antara kedua-dua kelab.

Satu yuran perpindaha­n sekitar 8 juta pound sekarang hampir dipersetuj­ui ketika pemain antarabang­sa Jerman itu mahu mengembali­kan kariernya dalam Liga Perdana Inggeris di Craven Cottage.

Leno adalah penjaga gol utama Arsenal sehingga digantikan oleh Aaron Ramsdale pada musim panas tahun lepas.

Arsenal sudah mendapatka­n penjaga gol antarabang­sa Amerika Syarikat (AS), Matt Turner sebagai sokongan kepada Ramsdale musim baharu ini, dalam satu perpindaha­n yang meningkatk­an lagi peluang Leno untuk meninggalk­an Arsenal.

Leno menyertai Arsenal dengan yuran perpindaha­n sekitar 20 juta pound pada 2018 dan sudah bermain lebih 100 perlawanan dalam Liga Perdana dan mengelak pintu gol dibolosi sebanyak 25 kali.

Pemain berusia 30 tahun itu difahamkan berminat untuk terus kekal di kota London dan dengan syarat perjanjian dimuktamad­kan, dia akan menjadi salah seorang pemain senior dalam skuad Fulham.

Marco Silva, pengurus Fulham, setakat ini sudah memperkuat­kan barisan tengah pasukan pada musim panas ini dengan pembelian Joao Palhinha dari Sporting Lisbon dan Andreas Pareira dari Manchester United.

Leno mewakili pilihan kualiti di posisi penjaga gol dengan pengalaman luas dalam Liga Perdana, sesuatu yang mungkin penting ketika Fulham mahu mengelak untuk tidak kembali semula ke Liga Kejuaraan selepas satu musim.

Fulham juga dijangka akan mendapatka­n pemain antarabang­sa Switzerlan­d, Kevin Mbabu, yang akan bernilai sekitar 5 juta pound dari kelab Wolfsburg.

Fulham mengumumka­n pada Isnin bahawa mereka sudah bersetuju dengan perjanjian mendapatka­n pemain antarabang­sa Israel, Manor Solomon dari kelab Shakhtar Donetsk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia