Utusan Borneo (Sabah)

SMK Lajau Juara Sepak Takraw MSSWPL 2022

-

LABUAN: SMK Lajau muncul juara Pertanding­an Sepak Takraw Bawah 15 Kejohanan Sepak Takraw Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Wilayah Persekutua­n Labuan (MSSWPL) 2022.

Di perlawanan akhir yang mendebarka­n, SMK Lajau menewaskan tuan rumah, Sekolah Sukan Negeri (SSN) SMK Mutiara dengan kiraan mata 15-11, 15-13.

Terdahulu SMK Lajau menang tanpa bertanding selepas SM Sains Labuan tidak hadir ke lokasi pertanding­an di Dewan Arena SMK Mutiara.

SMK Lajau turut menerima saingan sengit daripada SMK Labuan sebelum menang 1512, 15-12.

Ketua jurulatih SMK Lajau, Yaakub Ajih mengucapka­n syabas kepada pemain, Muhammad Syazwi Ali, Muhammad Fahrin Fadzli, Muhammad Khairul Sofiyan dan Muhammad Hafares Fadli yang menunjukka­n permainan yang mantap dan padu.

“Walaupun menerima tentangan sengit daripada dua sekolah tersebut, SMK Lajau akhirnya berjaya meraih kejuaraan Bawah 15 pada tahun ini,”katanya.

Regu Bawah 15 turut dibimbing Zahari Awang.

Manakala pasukan Bawah 18 yang dibimbing dua jurulatih, Mohd Putra Yassin dan Afery Haumisin gagal mara ke pusingan seterusnya selepas dikecewaka­n Kolej Vokasional Labuan 2-3 di peringkat awal lagi.

Sementara itu, Nurazirah Ramon turut mengharumk­an nama SMK Lajau selepas menjuarai acara perseorang­an Perempuan Bawah 15 Kejohanan Badminton MSSWPL 2022.

Hasrat Nurazirah yang berganding­an dengan Nur Sakira Ramadiah George untuk melakar kejuaraan tidak kesampaian apabila sekadar mampu menduduki tempat kedua acara beregu Perenpuan Bawah 15.

Manakala gandingan Nurul Iffah Emran dan Norhidawat­i Johari pula meraih tempat ketiga acara beregu Perempuan Bawah 18.

Pasukan badminton mendapat sentuhan tiga jurulatih iaitu Nafisah Murshid, Roshidaah Saad dan Nuramirah Zin.

Pertanding­an badminton berlangsun­g di Dewan SJKC Chung Hwa.

PenolongKa­nanKokurik­ulum SMK Lajau, Julaily Simon mengucapka­n tahniah atas kejayaan regu sepak takraw Bawah 15 dan pemain-pemain badminton yang berjaya meletakkan SMK Lajau berada di landasan yang tepat.

“Kejayaan ini merupakan hadiah yang bermakna sempena ulang tahun SMK Lajau yang ke-25 tahun.

“Saya bagi pihak Pengetua SMK Lajau, Siti Aminah Zakaria mengucapka­n terima kasih atas kecekalan pemain yang dibimbing jurulatih hingga mampu meletakkan SMK Lajau sebaris dengan sekolah menengah yang lain,”katanya.

Beliau tidak lupa mengucapka­n terima kasih atas kerjasama ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan kepada penglibata­n anakanak mereka dalam bidang sukan.

 ?? ?? TERBAIK: Julaily (kanan) dan jurulatih bersama regu sepak takraw Bawah 15 SMK Lajau.
TERBAIK: Julaily (kanan) dan jurulatih bersama regu sepak takraw Bawah 15 SMK Lajau.
 ?? ?? TAHNIAH: Nurazirah Ramon menerima hadiah daripada Pengetua SM Sains Labuan, A Zailani A Mumin sambil diperhatik­an Pengetua SMK Labuan, Mohd Nizam Yasim.
TAHNIAH: Nurazirah Ramon menerima hadiah daripada Pengetua SM Sains Labuan, A Zailani A Mumin sambil diperhatik­an Pengetua SMK Labuan, Mohd Nizam Yasim.
 ?? ?? HEBAT: Pasukan badminton SMK Lajau berjaya meraih satu emas, satu perak dan satu gangsa.
HEBAT: Pasukan badminton SMK Lajau berjaya meraih satu emas, satu perak dan satu gangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia