Utusan Borneo (Sabah)

Ronaldo masih dalam perancanga­n kelab menjelang musim baharu

-

MANCHESTER: Manchester United menegaskan bahawa Cristiano Ronaldo masih dalam perancanga­n kelab menjelang musim baharu ketika laporan pada Isnin mendakwa kepulangan Ronaldo ke Manchester adalah pasti.

Rundingan dengan Ronaldo dijangka akan berlaku dalam beberapa hari lagi dengan pengurus baharu United, Erik ten Hag juga sudah kembali ke Manchester selepas 17 hari kunjungan pramusim ke Thailand dan Australia.

Bintang bola sepak Portugal berusia 37 tahun itu tidak hadir dalam kempen pramusim United setakat ini atas “alasan keluarga”.

Tetapi United dan Ten Hag, tidak berubah kedudukan bahawa mereka menjangkak­an Ronaldo akan menghormat­i tahun kedua kontrak yang ditandatan­gani ketika kembali semula ke kelab pada musim panas tahun lepas.

Pendirian United juga tidak berubah dan mereka akan bersikap “tegas” ketika berunding dengan pemain.

Ronaldo mengumumka­n bahawa dia mahu meneruskan kariernya bersama kelab yang beraksi dalam Liga Juara-Juara pada musim ini. Beberapa kelab pesaing United, diketuai Chelsea dan Bayern Munich, mula menjauhkan diri dari kemungkina­n membeli Ronaldo walaupun Atletico Madrid muncul menjadi destinasi kemungkina­n Ronaldo dalam beberapa hari yang lalu.

Ronaldo juga dikatakan bersedia menerima potongan gaji untuk meninggalk­an United namun kelab Old Trafford itu tetap dengan pendirian mereka dari awal musim bahawa mereka tidak akan melayani sebarang tawaran untuk penyerang veteran itu.

Ronaldo dikatakan menjalani sesi latihan secara peribadi di Portugal tetapi dengan kelab akan memulakan musim baharu menentang Brighton pada bulan Hadapan, ia kelihatan dia tidak mempunyai kecergasan permainan untuk diturunkan walaupun jika membuat keputusan terus kekal di Old Trafford.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia