Utusan Borneo (Sabah)

Agong berkenan rasmi Kem Al-Sultan Abdullah Markas Angkatan Bersama

-

KUANTAN: Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam berkenan mencemar duli ke Majlis Perasmian dan Penamaan Kem Al-Sultan Abdullah Markas Angkatan Bersama di Jalan Panching, di sini.

Turut berangkat Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Hadir sama Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertahanan Datuk Seri Muez Abd Aziz.

Sejurus tiba, Seri Paduka menerima Tabik Hormat Diraja dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota diketuai Mejar Mohd Noorazmin Abd Rahim.

Al-Sultan Abdullah kemudianny­atelahdipe­rsembahkan­dengangimi­kacara pelancaran melibatkan gabungan aset dan aksi penerjunan anggota khas dari ketiga-tiga perkhidmat­an Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Selain itu, baginda turut dipersemba­hkan taklimat mengenai peranan serta fungsi Markas Angkatan Bersama (MK AB) bertempat di Pusat Operasi Bersama (POB) serta berinterak­si secara sidang video dengan pegawai dan anggota ATM yang sedang melaksanak­an tugas Operasi Pasir di Sabah serta bertugas di misi Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (PBB).

Kem Al-Sultan Abdullah yang dinamakan sempena nama baginda telah dirancang pembinaann­ya sejak 2007 dengan pemilihan di Jalan Panching, di sini susulan kedudukan kem dan pangkalan Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara sedia ada di Kuantan sekali gus dapat menyokong pengoperas­ian MK AB.

Projek pembinaan kem seluas 39.56 hektar ini siap pada 25 April 2019 dan diserahkan kepada MK AB pada 11 Jun 2019 serta majlis pengoperas­ian telah dilaksanak­an pada 1 Julai 2019.

Kem tersebut menempatka­n lebih 300 pegawai dan anggota pelbagai peringkat dari ketigatiga cabang perkhidmat­an dalam ATM. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERKENAN: Al-Sultan Abdullah (dua kiri) berkenan mendengar taklimat ringkas berkenaan model Kompleks Markas Angkatan Bersama oleh Panglima Angkatan Bersama Datuk Yazid Arshad (kiri) selepas baginda merasmikan Penamaan Kem Al-Sultan Abdullah, Markas Angkatan Bersama, di Kuantan, semalam. Turut hadir Affendi (kanan) dan Muez (dua kanan).
— Gambar Bernama BERKENAN: Al-Sultan Abdullah (dua kiri) berkenan mendengar taklimat ringkas berkenaan model Kompleks Markas Angkatan Bersama oleh Panglima Angkatan Bersama Datuk Yazid Arshad (kiri) selepas baginda merasmikan Penamaan Kem Al-Sultan Abdullah, Markas Angkatan Bersama, di Kuantan, semalam. Turut hadir Affendi (kanan) dan Muez (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia