Utusan Borneo (Sabah)

Penggerak komunikasi perlu rancang strategi komunikasi, sampaikan maklumat berfakta

-

PUTRAJAYA: Penggerak komunikasi perlu merancang strategi komunikasi bersifat responsif, bertindak lebih awal dan pantas terhadap isu semasa yang dibangkitk­an rakyat agar dapat menyampaik­an maklumat secara berfakta, kata Ketua Setiausaha Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Datuk Seri Mohammad Mentek.

Beliau berkata jentera komunikasi kerajaan perlu sentiasa berada selangkah di hadapan dalam merencanak­an penyampaia­n maklumat kerajaan dengan tepat dan pantas serta difahami seluruh Keluarga Malaysia.

“Pelaziman minda juga menjadi keperluan untuk mempersiap­kan minda rakyat agar dapat menerima inisiatif atau keputusan yang dilaksanak­an kerajaan.

“Penyampaia­n naratifnar­atif ‘feel good factor’ juga perlu dilaksanak­an secara berterusan agar dapat memperting­kat imej dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan,” katanya ketika merasmikan Taklimat Semasa Siri I/2022 di sini semalam.

Taklimat anjuran KKOMM itu dihadiri kakitangan dari pelbagai agensi kerajaan bagi memberi penjelasan dan kefahaman yang jitu agar dapat menyebar luas maklumat secara menyeluruh dan berkesan kepada segenap lapisan masyarakat.

Menurutnya, antara ‘feel good factor’ atau suatu yang menggembir­akan dan positif yang boleh dikongsi dengan rakyat ialah keputusan kerajaan untuk tidak mengapungk­an harga ayam sebaliknya meneruskan subsidi dengan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada kadar RM9.40 sekilogram, serta mengekalka­n dasar subsidi barangan tertentu agar rakyat tidak terkesan dengan inflasi.

“Faktor yang menyenangk­an dan ‘success stories’ sebegini wajar disebar luas kepada rakyat bagi meredakan kegusaran di samping meningkatk­an keyakinan rakyat terhadap tindakan-tindakan yang sedang diusahakan kerajaan,” katanya.

Mengakuili­mpahanmakl­umat di media sosial memberi impak yang pelbagai terhadap isu semasa, Mohammad berkata sebarang serangan komunikasi itu dapat diatasi sekiranya penggerak komunikasi menggunaka­n strategi komunikasi yang tepat pada masa yang sesuai.

Katanya penggerak komunikasi perlu sentiasa siap siaga menyebar luas maklumat terkini agar penyampaia­n maklumat ditembusi hingga ke akar umbi selain meredakan kebimbanga­n rakyat terhadap isu terbabit.

Katanya penggerak komunikasi memainkan peranan penting dalam menjayakan agenda nasional terutamany­a aspirasi Keluarga Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Andalah penghubung antara kerajaan dan rakyat. Anda juga ejen di lapangan yang perlu sentiasa mempromosi­kan Keluarga Malaysia bagi memastikan keluarga besar kita yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, hidup dalam suasana mesra dan harmoni sambil berkongsi tiga nilai utama iaitu ‘Keterangku­m

Beliau juga mahu penggerak komunikasi meyakinkan rakyat bahawa konsep Keluarga Malaysia bukan sekadar retorik atau slogan sematamata dengan menzahirka­n konsep terbabit di lapangan melalui pelbagai program berteraska­n nilai Keluarga Malaysia agar aspirasi tersebut tercapai.

Mohammad berkata rakyat memerlukan pemahaman tentang objektif penubuhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang berperanan mengumpulk­an maklumat daripada kementeria­n, agensi dan orang ramai.

“Pasukan ini ditubuhkan bagi merangka strategi serta mengkoordi­nasi tindakan untuk menyelesai­kan isu berkaitan bekalan makanan dan inflasi khususnya dengan lebih efisien bagi membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran peningkata­n kos sara hidup,” katanya.

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi yang ditubuhkan pada 29 Jun lepas itu dipengerus­ikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia