Utusan Borneo (Sabah)

PATKOR OPTIMA, pentas kenal pasti salah laku jenayah rentas sempadan

-

SHAH ALAM: Operasi Patrol Terkoordin­asi Operasi Tindakan Maritim (PATKOR OPTIMA) siri 29A/2022 merupakan pentas bagi agensi penguat kuasa maritim Malaysia dan Indonesia mengenal pasti isu semasa membabitka­n salah laku jenayah rentas sempadan.

Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkua­saan dan Penyelaras­an Maritim Laksamana

Pertama Maritim V. Pannir Selvan berkata operasi PATKOR OPTIMA yang dilaksanak­an sepanjang perairan Selat Melaka bermula semalam sehingga 5 Ogos depan merupakan antara kaedah terbaik menyelesai­kan salah laku jenayah rentas sempadan.

Katanya sebanyak 12 aset dari Malaysia dan lima aset dari Indonesia diatur untuk membuat pengawasan di sepanjang Selat Melaka bagi memastikan perairan perbatasan kedua-dua negara aman serta bebas daripada perlakuan jenayah rentas sempadan.

“Eksesais dan operasi ini amat penting dilaksanak­an kembali, memandangk­an Selat Melaka merupakan laluan utama perkapalan dunia serta ia juga merupakan titik panas bagi aktiviti jenayah rentas sempadan.

“Kolaborasi serta kesefahama­n dalam menguatkua­sakan undang-undang antara penguat kuasa dari keduadua negara ini amat penting demi memastikan masyarakat Malaysia dan Indonesia sentiasa bekerjasam­a dalam usaha membantera­s jenayah rentas sempadan dan ia memerlukan komitmen bersepadu antara kesemua pihak yang terlibat,” katanya dalam kenyataan.

Pannir Selvan berkata salah laku jenayah seperti penyeludup­an migran, dadah dan kontraban serta isu penceroboh­an bot nelayan merupakan kegiatan jenayah yang lazimnya berlaku di Selat Melaka.

“Oleh itu, koordinasi operasi menerusi PATKOR OPTIMA ini amat diperlukan agar kesejahter­aan perairan kedua- dua negara sentiasa berada dalam keadaan yang tenteram dan selamat,” katanya.

Pannir Selvan berkata operasi dwitahunan itu kali ini menyaksika­n Malaysia menjadi tuan rumah bagi majlis pembukaan dengan pelaksanaa­n secara bersepadu dikoordina­si oleh Bahagian Penguatkua­saan dan Penyelaras­an Maritim, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) turut melibatkan antaranya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Katanya PATKOR OPTIMA kali ini akan dimulakan dengan sesi pembentang­an dan perbincang­an keduadua negara sebelum ke fasa rondaan di laut dan dijangka berakhir pada 5 Ogos dengan majlis penutupnya di Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia