Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan diminta bantu Tabika KEMAS

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Kerajaan diminta supaya turut memberi perhatian terhadap pembanguna­n Tabika KEMAS di daerah ini memandangk­an pusat tersebut sangat memerlukan kemudahan pembelajar­an yang lengkap.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, banyak pusat Tabika KEMAS khususnya di parlimen Kalabakan yang tidak mempunyai kemudahan pembelajar­an yang lengkap.

Katanya, infrastruk­tur serta keadaan pusat Tabika KEMAS di daerah ini, ada yang sudah usang dan memerlukan tempat baharu lebih selesa.

“Sekiranya tiada langkah bantuan yang diambil, sudah pasti menyukarka­n proses pengajaran dan pembelajar­an modal insan negara ini.

“Justeru, kerajaan pusat dan negeri perlu memberi perhatian serta segera mengeluark­an peruntukan untuk menyediaka­n prasarana yang baik untuk Tabika KEMAS,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu berkata demikian ketika merasmikan Hari Potensi KEMAS peringkat Parlimen Kalabakan, di sini, semalam.

Suryady berkata, Hari Potensi KEMAS yang merupakan program sukan ini dilihat dapat memupuk semangat juang seawal peringkat kanak-kanak lagi.

“Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS) bersedia untuk membantu Tabika KEMAS bagi melaksanak­an aktiviti yang melibatkan sukan.

“KBSS akan bekerjasam­a kepada mana-mana agensi dan jabatan bagi memperkasa­kan lagi sektor sukan di negeri ini,” katanya.

Menurutnya, Hari Potensi KEMAS ini diharapkan dapat merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa dan guruguru.

“Sukan adalah medan terbaik bagi membina intelektua­l, jasmani dan rohani murid Tabika KEMAS sebelum melangkah ke peringkat sekolah rendah akan datang,” katanya.

Terdahulu, seramai 1,050 murid daripada 54 Tabika KEMAS di parlimen Kalabakan menyertai Hari Potensi KEMAS membabitka­n enam acara sukan di Kompleks Sukan Tawau.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) KEMAS Sabah, Ruran Banlang dan Pegawai KEMAS Tawau, Mohamad Yusli Nassir.

 ?? ?? CENDERA KENANGAN: Suryady (dua kiri) menerima cendera kenangan daripada pihak KEMAS.
CENDERA KENANGAN: Suryady (dua kiri) menerima cendera kenangan daripada pihak KEMAS.
 ?? ?? LAWAT: Suryady (tiga kiri) ketika melawat semua kontinjen Tabika KEMAS yang terlibat.
LAWAT: Suryady (tiga kiri) ketika melawat semua kontinjen Tabika KEMAS yang terlibat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia