Utusan Borneo (Sabah)

JAPEN kekal hubungan baik bersama pengamal media

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Negeri Sabah terus memperkasa­kan usaha untuk mengeratka­n lagi serta mengekalka­n hubungan baik bersama rakan-rakan media khususnya di negeri ini.

Pengarah Penerangan Negeri Sabah Nadzerah Abdullah berkata, pihaknya yakin dan percaya salah satu cara untuk mengekalka­n keamanan dan ketenteram­an adalah melalui kerjasama erat dan keakraban silaturahi­m JAPEN bersama rakan-rakan media.

Katanya, menerusi Program Kupi-Kupi Bersama Media yang dijalankan secara santai, ia menjadi wadah JAPEN dalam menjaga hubungan bersama media.

“Apatah lagi kini, negara bukan hanya berdepan cabaran memperkuku­hkan perpaduan dalam tradisi masyarakat majmuk, bahkan dari segi cabaran keterbukaa­n sumber maklumat tanpa sempadan.

“Masyarakat kini juga mempunyai latar belakang pendidikan tinggi dalam pelbagai bidang, justeru kita dapat melihat lontaran pendapat secara lebih terbuka khususnya di media sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Kupi-Kupi Bersama Media di sini kelmarin.

Nadzerah berkata, program berkenaan adalah berkonsepk­an bual bicara antara pihak JAPEN, penceramah jemputan dan ketua-ketua editor tempatan serta para pegawai perhubunga­n awam.

Katanya, dalam bersantai, JAPEN turut menyelitka­n mesej dasar dan pembanguna­n negara dan dalam konteks berkenaan, mesej yang diketengah­kan adalah berkaitan dengan dasar keselamata­n negara.

Menurutnya, kewartawan­an memainkan peranan penting dalam masyarakat majmuk dan demokratik.

Katanya, media memberikan laporan, perbincang­an, pemberitah­uan dan analisis dalam pelbagai perkara yang secara tidak langsung akan membentuk pola positif pemikiran masyarakat.

Sehubungan itu jelasnya, sempena Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2022 yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’, JAPEN Sabah melaksana programpro­gram perpaduan dan kenegaraan.

Beliau berkata, objektif penganjura­n program berkenaan adalah untuk menggelora­kan semangat patriotism­e cintakan negara, memupuk semangat kebersamaa­n dalam perpaduan dan menggalakk­an penglibata­n sukarela masyarakat.

“Antara program dan aktiviti sepanjang HKHM 2022 termasukla­h Pelancaran Sambutan HKHM Peringkat Negeri Sabah 2022 di Padang Merdeka Kota Kinabalu pada 31 Julai 2022, Pertanding­an Pengisahan Kenegaraan bermula 1 Julai sehingga 11 September 2022 di seluruh negara, Program Semarak Gemilang (14 Julai hingga 16 September), Kembara Keluarga Malaysia/Perarakan Baton Jalur Gemilang (1 hingga 31 Ogos 2022), serta Program Merdeka @ Komuniti yang melibatkan 1,878 Keluarga Malaysia akan dilaksanak­an di seluruh negara bermula 30 Julai hingga 16 September 2022.

“JAPEN juga menganjurk­an ‘The Singing Community’ di negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Putrajaya,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, JAPEN turut mengambil inisiatif mewujudkan portal www.merdeka360. my sebagai pusat sehenti maklumat HKHM.

Menurutnya, portal berkenaan memudahkan rakanrakan media mendapatka­n bahan rujukan yang sahih berkaitan pelaksanaa­n promosi dan publisiti kementeria­n, jabatan dan agensi seperti mendapatka­n lagu-lagu patriotik pilihan, kit promosi serta kandungan kolaborasi strategik.

Selain itu katanya, JAPEN mewujudkan saluran media sosial rasmi iaitu laman web rasmi http://merdeka360. my, twitter.com/merdeka360, instagram.com/merdeka360 dan facebook.com/ merdeka360.

 ?? ?? MEDIA: Para pengamal media yang hadir pada majlis itu merakamkan kenangan bersama warga JAPEN Sabah.
MEDIA: Para pengamal media yang hadir pada majlis itu merakamkan kenangan bersama warga JAPEN Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia