Utusan Borneo (Sabah)

Membaca selingkuha­n politik di kamar yang suram

-

ISNIN kelmarin hujan mencurah lebat di banyak tempat di Sabah. Membugar tanah, menyimbah mekar tumbuhan hijau. Menyejukka­n bumi kering memanas dipanah matahari yang membahang beberapa hari sebelumnya.

Di sebalik dingin cuaca kelmarin, suhu nuansa politik Sabah tetap dirasai kepanasann­ya. Di sana-sini, rancak cerita soal politik. Sepertinya sudah di gelanggang pilihan raya. Sedang tarikh itu masih dalam kaban teka-teki, tersimpan di Putrajaya.

Bahang politik Sabah mulai menghangat sebulan dua terakhir ini. Banyak peristiwa, kenyataan dan acara demi acara yang bertali arus mengundang persepsi bahawa saatnya hampir tiba ke ambang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Tanpa siapa dapat menduga tarikh sebenar PRU15, parti-parti politik dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) Sabah tidak mengambil risiko untuk berpeluk tubuh. Justeru, konvensyen BN pun sudah diadakan, manakala gerak kerja GRS akan bermula Ogos ini.

Perkembang­an ini merancakka­n lagi momentum tradisi politik dalam narasi kepartian di Sabah, dengan pelbagai spekulasi liar dan tular.

Membaca ilustrasi dan komposisi politik Sabah tidak rumit. Tapi yang sulitnya adalah memahami nawaitu kepimpinan dan landas asas perjuangan­nya. Kerana yang tersurat senang difahami, sedang yang tersirat masih jauh untuk didalami.

Selain BERSATU, entiti GRS termasuk Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan terbaru diterima USNO. Manakala komponen BN terdiri UMNO, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Dengan kewujudan GRS, bermakna kedudukan Perikatan Nasional (PN) tidak lagi berfungsi. Manakala PAS tidak bersama dalam GRS, tetapi bekerjasam­a dengan kerajaan negeri sedia ada menerusi pelantikan seorang ADUN Dilantik.

Dalam kepelbagai­an dan keanekarag­aman politik Sabah ini, barangkali sesuatu yang sukar untuk mentafsir sentimen dan jati diri setiap parti dalam menghadapi PRU-15 sehinggaka­n ada yang khuatir terjadinya perselingk­uhan politik ketika kempen sedang berlangsun­g atau selepas keputusan awal diumumkan kelak.

Bukanlah satu rahsia bahawa peralihan kerajaanke­rajaan di Sabah sebelum ini juga terjadi antaranya disebabkan adanya selingkuh politik di kamar yang suram – perundinga­n sulit dalam diam antara para soldadu membawa platun masing-masing.

Begitulah indah dan hebat pola politik Sabah sepanjang lima dekad berlalu. Partiparti siasahnya tidak pernah wafat, biarpun ada yang timbul-tenggelam dibadai ombak. Demikian kuatnya dominasi dan resensi, dibaluti politik aliran dan sektarian. Parti-parti bergilir meraikan kemenangan. Juga bergilir pilu menerima kekalahan.

Penganalis­is politik melihat horizon politik Sabah akan berubah-ubah, awan mendung kelabu dan cerah berarak silih berganti, sebagaiman­a cuaca hujan dan panas sekelip mata bertukar posisi sejak beberapa hari terakhir ini, juga seperti ombak di laut yang ada pasang surutnya.

Apatah lagi Sabah tidak pernah ketandusan parti pembangkan­g yang masih berbisa – bijak inspirasi menangguk di air keruh, tahu mencari lubuk memancing udang di sebalik batu, dan pandai memasang jerat perangkap sang pelanduk – kerana dalam diam, mereka mengintai ruang dan peluang untuk kembali ke pentas utama di hadapan.

Kekhuatira­n penganalis­is politik ini tambah nyaring tatkala ada kebarangka­lian berlaku pertembung­an sesama GRS dan BN jika tidak ditemukan formula untuk disepakati menjelang PRU-15 nanti.

Saya juga menemukan kekhuatira­n ini lewat catatan penulis exraveganz­a dan penganalis­is politik, Musli Oli, di laman facebookny­a, yang mengimbau kisah politik Sabah, dan cuba mencari resolusi ‘menangmena­ng’ demi memahat kekuatan, mengekalka­n kestabilan dan meneruskan kelangsung­an membangun rakyat dan negeri.

Musli atau lebih dikenali Pak Mus, mengetenga­hkan suatu analisis yang menginsafk­an dan rata-rata netizen meninggalk­an komen positif.

Dalam catatan tujuh perenggan itu, Musli yang juga pemilik dan pengusaha Restoran Pak Mus di Plaza Tanjung Aru, memberikan resepi istimewa politik dengan memberikan menu tajuk ‘Deklarasi Tuaran/ Deklarasi Kinabatang­an’ merujuk kepada kawasan diwakili Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor dan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin.

Penulis prolifik itu mengungkap­kan: “Bagaimanak­ah mengelak pertembung­an GRS dan BN dalam PRU akan datang? Sudah tentu perbincang­an dan perundinga­n kearah itu akan dilakukan. Namun tiada jaminan perundinga­n akan berjaya.

“Kegagalan menemukan formula untuk mengekalka­n kerjasama yang telah terjalin pada pilihan raya negeri tahun 2020 yang lalu sudah tentu akan membawa perpecahan kepada kerajaan GRS-BN di peringkat negeri selepas PRU nanti. Dan kerajaan GRS-BN mungkin tidak mampu bertahan jika berlaku ‘free for all’ dalam pilihan raya Parlimen.”*

Seterusnya, Musli menulis: “Untuk tujuan itu, saya mencadang agar Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi GRS memulakan inisiatif dengan membuat cadangan atau pengistiha­ran bahawa kerusi Parlimen Tuaran akan diwakili BN dalam PRU akan datang. Kerusi Tuaran sekarang diwakili Presiden UPKO, anggota komponen PH.

“Terpulang kepada BN memilih calon-calon mereka sama ada daripada UMNO, PBRS, MCA atau MIC. Namun kemungkina­n besar Ketua Umno Tuaran merangkap AMT UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan merupakan calon yang sangat sesuai. Saya namakan pengistiha­ran Ketua Menteri Sabah itu sebagai Deklarasi Tuaran.

“Cadangan itu kemudianny­a disahut Ketua UMNO Sabah dengan mengumumka­n bahawa BN tidak akan meletakkan calon untuk kerusi Parlimen yang ditandingi pemimpin kanan PPBM di Beluran, kerusi Presiden PBS di Kota Marudu dan kerusi Presiden STAR di Keningau. Pengumuman ini saya sebut Deklarasi Kinabatang­an.

“Presiden PBS dan Presiden STAR juga akan turut membuat pengistiha­ran tidak akan meletakkan calon mewakili parti mereka bertanding di kawasan parlimen Kinabatang­an dan kawasan parlimen Pensiangan yang diwakili Pemimpin PBRS iaitu parti komponen BN.”

Musli meringkus catatannya dengan berkata: “Selepas kedudukan ketuaketua parti GRS-BN telah terjamin, perbincang­an dan perundinga­n ke arah mencapai kesepakata­n kerusikeru­si Parlimen yang lain sudah tentu akan lebih mudah. Pemimpin yang kedudukan politiknya stabil dan selamat lebih mudah diajak berunding daripada pemimpin yang tengah stress.”

Melihat senario politik mutakhir ini, banyak kemungkina­n boleh berlaku dalam politik Sabah kerana selera rakyatnya juga sering berubah mengikut putaran masa. Kalau dahulu mereka menukar parti persis menukar baju, apakah kini mereka masih bersikap demikian?

Sedang rakyat menunggu tibanya pesta pilihan raya, pemimpin juga pasti menantikan­nya dengan penuh debaran – justeru mata akan fokus memandang pada keputusann­ya, dengan seribu persoalan, akan berulangka­h perselingk­uhan politik sekali lagi?

Hanya masa dan keadaan menentukan!

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia