Utusan Borneo (Sabah)

Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah beri impak positif kepada sektor perniagaan

- Oleh Vivi Olviana Najurus

PAPAR: Kempen Belilah Barangan Buatan Sabah yang dilancarka­n Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor awal tahun ini menunjukka­n impak positif sekali gus merancakka­n kembali sektor perniagaan.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata kempen itu juga merangsang pertumbuha­n ekonomi domestik melalui peningkata­n pembelian dan penggunaan produk tempatan.

Katanya, kempen anjuran kementeria­nnya ini dapat meningkatk­an kesedaran tentang kewujudan dan kualiti barangan buatan tempatan di negeri ini.

“Semua lapisan masyarakat diseru untuk menyahut kempen Kerajaan yang bertemakan “Belilah Barangan Buatan Sabah, Mantap bah ini gaman!”,” katanya semasa merasmikan pembukaan Pusat Produk industri kecil dan sederhana (IKS) Sabah (IKS Mart Papar) di Papar Square di sini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Manis Mohd. Tamin Zainal.

Pusat Produk IKS Papar adalah yang keempat selepas Kota Kinabalu, Beaufort, Ranau yang beroperasi dengan lancar.

Joachim berkata bantuan pemasaran produk IKS melalui kerjasama Kedai Mesra PETRONAS dan Pasaraya BATARAS adalah salah satu inisiatif Kerajaan Negeri melaluiKem­enterian Pembanguna­n Perindustr­ian (MID) untuk membantu usahawan Sabah dari seri bantuan meningkatk­an mutu produk melalui pemberian mesin serta kursus-kursus pembungkus­an (packaging) dan perlabelan.

“Kedai IKS yang diwujudkan di Kota Kinabalu, Beaufort, Ranau dan Papar bertujuan untuk memasarkan produk Sabah dan membantu usahawan yang mengendali­kan kedai IKS menjadi pengusaha (usahawan) sendiri.

“Jumlah hasil jualan melalui kolaborati­f dengan pasar raya Bataras, Kedai Mesra Petronas, Pusat Produk IKS di

Kota Kinabalu, Beaufort dan Ranau semenjak program ini dimulakan sudah mencapai RM5.9 juta.

“Semua usahawan Sabah perlu terus menyokong IKS Mart dengan menghantar produk dihasilkan termasuk di IKS Mart Papar yang menjual sekurang-kurangnya 80 peratus barangan buatan Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Joachim juga berharap pusat Produk IKS yang sedang dalam perancanga­n di Tuaran, Kota Marudu, Keningau dan Tawau dapat direalisas­ikan secepat mungkin bagi membolehka­n produk buatan Sabah dapat dipasarkan ke setiap pelosok negeri ini.

“Kementeria­n mahu agar usahawan bukan sahaja memfokuska­n kepada pasaran domestik tetapi perlu berpandang­an lebih jauh ke hadapan dengan memasarkan produk mereka ke peringkat nasional dan antarabang­sa.

“Dalam hal ini, pihak DIDR membawa pengusaha dalam acara ekspo luar negara iaitu di World Dubai Expo 2020, Thaifex 2022 serta Malaysia Fest 2022 di Singapura dan juga ke Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n Malaysia (MAHA) pada bulan Ogos nanti.

“Ini adalah salah satu cara membantu usahawan IKS untuk mempromosi dan memasarkan produk mereka ke peringkat global,” katanya.

Tambahnya, penyertaan usahawan tempatan ke ekspo pameran luar negara ini adalah platform penting untuk memberi pendedahan serta mencari peluang perniagaan baharu.

 ?? ?? KENANGAN: Joachim (empat kiri) bersama semua tetamu dan peserta yang hadir dalam program tersebut.
KENANGAN: Joachim (empat kiri) bersama semua tetamu dan peserta yang hadir dalam program tersebut.
 ?? ?? KENANGAN: Joachim (tiga kiri) menerima cendera kenangan daripada Mohd Tamin sempena Majlis Perasmian Pembukaan Kedai IKS Mart Papar di sini.
KENANGAN: Joachim (tiga kiri) menerima cendera kenangan daripada Mohd Tamin sempena Majlis Perasmian Pembukaan Kedai IKS Mart Papar di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia