Utusan Borneo (Sabah)

Komited bantu penuhi keperluan penduduk

Ghulam alu-alukan kerjasama pelbagai pihak jayakan Program Inspirasi Qaseh Kami

-

PAPAR: Selaras usaha membela nasib rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar komited menyokong pelbagai usaha yang dilaksanak­an di kawasannya, demi memenuhi keperluan penduduk.

Terbaru, Yayasan Pembanguna­n Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bergabung tenaga bersama Badan Khairat Bahagian Perkembang­an KanakKanak (BPKK) Kumpulan Yayasan Sabah, Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) DUN Kawang dan SK Pengalat Besar menganjurk­an Program Inspirasi Qaseh Kami.

Objektif bengkel itu antara lain untuk menyantuni golongan memerlukan serta membangun sosioekono­mi ummah, terutama sekali masyarakat sekitar DUN N28 Kawang.

Sempena majlis itu, satu Memorandum Persefaham­an (MoU) ditandatan­gani antara SK Pengalat Besar, Papar bersama YaPEIM dan Badan Khairat BPKK.

MoU itu merupakan Program Infaq YaPEIM di mana ia mengalu-alukan penjawat kerajaan menjadi ahli dan seterusnya berinfaq bersama pihak YaPEIM menerusi skim potongan gaji.

Berucap merasmikan program itu, Ghulam yang juga Pengarah Yayasan Sabah berkata menyambut baik projek amal YaPEIM itu bagi menokok tambah usaha yang dimainkan oleh kerajaan serta lain-lain agensi bagi membantu golongan memerlukan.

Katanya, sasaran utama penerima sumbangan terdiri daripada 200 golongan asnaf, fakir miskin dan ibu tunggal.

Dari jumlah penerima itu, 100 orang dikenal pasti oleh pihak SK Pengalat Besar, manakala 100 orang lagi terdiri dari kalangan ibu bapa yang dikenal pasti oleh UPPM DUN Kawang meliputi Kinarut, Pengalat Kecil, Beringgis dan Kawang.

“Saya amat menyokong usaha demi membantu golongan kurang upaya ini dan pada hemat saya, YaPEIM berjaya dalam melaksanak­an amanah yang dipertangg­ungjawabka­n dengan menyantuni golongan yang terkesan.

“Selaku Wakil Rakyat di sini, saya amat prihatin dan sentiasa berusaha untuk memastikan kehidupan rakyat sentiasa terbela dan hasrat membela rakyat ini diteruskan menerusi program kerjasama berasaskan keperluan masyarakat setempat,” katanya.

Ghulam berkata DUN Kawang merupakan lokasi berpotensi untuk dikembangk­an dan sentuhan daripada program YaPEIM itu sedikit sebanyak dapat menjadi ramuan kejayaan pelaksanaa­nya.

Beliau mengakui sumbangan YaPEIM itu sangat bermakna kepada mereka yang memerlukan.

Sehubungan itu, beliau berharap YaPEIM akan meneruskan program seumpama itu demi kelangsung­an hidup masyarakat sasaran di kawasan Kawang.

 ?? ?? MESRA: Ghulam diberikan sambutan sejurus tiba di SK Pengalat bagi merasmikan program berkenaan.
MESRA: Ghulam diberikan sambutan sejurus tiba di SK Pengalat bagi merasmikan program berkenaan.
 ?? ?? BANTU: Ghulam menyampaik­an sumbangan kepada seorang penerima sempena majlis itu.
BANTU: Ghulam menyampaik­an sumbangan kepada seorang penerima sempena majlis itu.
 ?? ?? AMANAT: Ghulam menyampaik­an ucapan perasmian program yang menggabung­kan kerjasama pelbagai pihak.
AMANAT: Ghulam menyampaik­an ucapan perasmian program yang menggabung­kan kerjasama pelbagai pihak.
 ?? ?? PRIHATIN: Ghulam (tiga kiri) menyaksi majlis penyampaia­n sumbangans­empenaprog­ram berkenaan.
PRIHATIN: Ghulam (tiga kiri) menyaksi majlis penyampaia­n sumbangans­empenaprog­ram berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia