Utusan Borneo (Sabah)

SELEWENG MINYAK MASAK TUMPAS

KPDNHEP rampas minyak masak bersubsidi seberat 15,048 kilogram bernilai RM37,620

- Oleh Vivi Olviana Najurus

SANDAKAN: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan

Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Sandakan berjaya menumpaska­n kegiatan penyelewen­gan minyak masak peket satu kilogram (1kg) bersubsidi, di sini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah KPDNHEP Cawangan Sandakan, Azdy Zukkry John, berkata kejayaan itu hasil serbuan dijalankan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Jawa 2, Batu 12, Jalan Sin Kee, di sini.

“Bertindak maklumat risikan yang dijalankan selama seminggu berhubung kegiatan penyelewen­gan terbabit, serbuan dijalankan pada jam 7.30 malam oleh sepasukan pegawai penguat kuasa KPDNHEP.

“Semasa serbuan dijalankan, pasukan penguat kuasa tidak menemukan sesiapa di lokasi dan hanya menemukan 436 kotak mengandung­i 7,412 kilogram minyak masak peket satu kilogram bersubsidi pelbagai jenama.

“Kita juga menemukan lima tangki putih berisi minyak masak dianggarka­n seberat 7,500 kilogram serta lapan gelen pelbagai warna berisi minyak masak seberat 136 kilogram,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Menurutnya, kesemua minyak masak bersubsidi seberat 15,048 kilogram bernilai RM37,620 itu dirampas untuk tindakan lanjut.

Katanya, berdasarka­n keterangan awal, premis tersebut tidak mempunyai kebenaran serta lesen yang sah untuk menyimpan barang kawalan di lokasi berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan tujuan untuk melakukan kesalahan yang dibaca bersama Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana menjalanka­n urus niaga barang kawalan tanpa lesen.

“Siasatan juga akan dilakukan mengikut Seksyen 20(1) akta sama kerana menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak mendapat kebenaran pengawal,” katanya.

Beliau berkata Akta Kawalan Bekalan

1961 (Akta 122) memperuntu­kkan manamana individu yang disabit dengan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Sekiranya membabitka­n syarikat, boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM2 juta, manakala bagi kesalahan berikutnya tidak melebihi RM5 juta,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatk­an pemilik kilang membungkus semula (Repacker) minyak masak bersubsidi agar tidak menjual minyak masak peket satu kilogram bersubsidi kepada pembeli yang tidak memiliki sebarang kebenaran bertulis daripada KPDNHEP.

“Kementeria­n tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak mematuhi undang-undang serta peraturan yang ditetapkan.

“Kita akan terus menjalanka­n pemeriksaa­n dan pemantauan secara berterusan terhadap semua kegiatan berkaitan minyak masak peket satu kilogram bersubsidi agar tidak berlaku sebarang bentuk penyelewen­gan terhadap barang kawalan berkenaan,” katanya.

 ?? ?? RAMPAS: Lima tangki putih berisi minyak masak yang dianggarka­n seberat 7,500 kilogram ditemukan di hadapan rumah yang diserbu.
RAMPAS: Lima tangki putih berisi minyak masak yang dianggarka­n seberat 7,500 kilogram ditemukan di hadapan rumah yang diserbu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia