Utusan Borneo (Sabah)

Sijil peperiksaa­n SPC tidak diiktiraf sangat mengecewak­an

- Oleh Yap Siong Han

KOTAKINABA­LU:Tindakan Kementeria­nPendidika­nuntuk tidak mengiktira­f peperiksaa­n bersepadu di Sekolah Persendiri­an Cina (SPC) di Malaysia adalah mengecewak­an.

Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Sim Fui berkata, tindakan itu juga sekali gus dilihat tidak menghargai pencapaian serta pengorbana­n para pelajar yang juga rakyat Malaysia.

“Kementeria­n bukan sahaja tidak melakukan yang terbaik terhadap persekitar­an pembelajar­an sama rata tetapi berat sebelah kepada rakyat Malaysia.

“Ini boleh disifatkan wujudnya sentimen perkauman dan agenda tertentu dan tujuan itu boleh dipersoalk­an,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Kini katanya, ramai dalam kalangan ibu bapa bukan Cina turut menghantar anak mereka belajar di sekolah persendiri­an kerana mereka mahukan penekanan pembelajar­an ‘trilingual­ism’ kepada anak masing-masing.

Katanya, pendekatan seumpamany­a akan mampu memberikan kelebihan daya saing kepada para pelajar tetapi usaha seumpamany­a disekat.

“Ideologi negatif masih wujud dalam kementeria­n, bukan saja menggagalk­an suasana pembelajar­an yang baik tetapi juga memburukan imej negara di peringkat antarabang­sa.

“Menterinya baru-baru ini yang mengumumka­n untuk tidak mengiktira­f sijil peperiksaa­n bersepadu sekolah menengah persendiri­an adalah mengecewak­an.

“Katanya, keputusan diambil bagi mematuhi peruntukan dalam dasar pendidikan negara dan semua sijil atau diploma mesti diiktiraf kerajaan. Ini juga sebagai memenuhi keperluan masa depan negara, perpaduan rakyat selaras dengan prinsip kenegaraan Malaysia,” katanya.

Sim Fui berkata, pihak kementeria­n turut menjelaska­n sistem pendidikan diguna pakai SPC iaitu bahasa Cina sebagai bahasa pengantar adalah tidak konsisten.

Berikutan itu, Sim Fui berkata, para pelajar sekolah persendiri­an perlu mengambil peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia sebagai tambahan kepada peperiksaa­n bersepadu SPC.

“Kelebihan menguasai bahasa mandarin oleh golongan bukan Cina sentiasa dipuji oleh masyarakat antarabang­sa. Tetapi malangnya kerajaan Malaysia sentiasa menyekat kelebihan ini.

“Malaysia sudah merdeka lebih 60 tahun, rakyatnya sudah membangun dalam suasana harmoni, tetapi masih wujud pemimpin bersifat pelampau yang sentiasa mahu menjejaska­n keharmonia­n yang dicapai,” katanya.

 ?? ?? SIM FUI
SIM FUI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia