Utusan Borneo (Sabah)

Segera selesaikan masalah banjir di Tawau: Christina

- Oleh Yap Siong Han

KUALA LUMPUR: Rakyat Tawau tidak lagi mampu bertahan untuk menunggu penyiapan Projek Mitigasi Banjir Tawau (pakej satu dan dua) dibawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).

Ahli Parlimen Tawau Datuk Christina Liew berkata, kerajaan juga perlu mempercepa­tkan penyiapan projek berkenaan (fasa tiga dan empat) yang kini sedang dilaksanak­an.

“Kerajaan perlu mempertimb­angkan untuk menggunaka­n dana kecemasan bagi pelaksanaa­n pakej pertama dan kedua dalam RMK-12 dan bukannya pada RMK13.

“Ini disebabkan masyarakat Tawau sudah lama hidup dalam keadaan menderita akibat masalah banjir dan kita tidak boleh membuatkan rakyat hanya menunggu sehingga RMK-13 untuk penyelesai­an tuntas terhadap masalah ini.

“Saya juga dimaklumka­n bahawa Jabatan Pengairan dan Saliran Tawau telah menghantar cadangan untuk projek pakej pertama dan kedua agar diselesaik­an segera dibawah RMK-12,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika bertanya kepada Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam sesi Dewan Rakyat baru-baru ini.

Christina juga ingin mengetahui sama ada pakej pertama sehingga empat projek berkenaan dapat disiapkan RMK-12 (2021-2025) dan kos pelaksanaa­n pakej pertama dan kedua bukan hanya dimohon pada RMK-13 (2026-2030).

Christina juga mahu pihak kementeria­n untuk memberikan jaminan bahawa wujudnya usaha memantau secara ketat oleh pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan projek berkenaan dalam disiapkan mengikut jadual, rancangan dan spesifikas­i ditetapkan agar tiada masalah akan timbul di masa hadapan.

Dalam pada itu, Seri Tuan Ibrahim menjelaska­n fasa pertama dua pakej Projek Mitigasi Banjir Tawau (pakej tiga dan empat dibawah satu kontrak) kini sedang dilaksanak­an di Tawau.

Katanya, pakej ketiga melibatkan pelebaran dan pendalaman di kawasan hiliran sungai serta menaik taraf jambatan Apas.

Menurutnya, pakej keempat pula menumpukan peluasan muara sungai dari kawasan Sungai Rakit sehingga ke muara Sungai Tawau.

Beliau berkata, kementeria­nnya telah menyediaka­n dana sejumlah RM50 juta untuk pelaksanaa­n pakej tiga dan empat.

Bagaimanap­un, beliau tidak menjelaska­n mengenai cadangan pakej pertama dan kedua terhadap projek yang sama bagi menyelesai­kan masalah banjir di daerah Tawau.

 ?? ?? CHRISTINA
CHRISTINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia