Utusan Borneo (Sabah)

Pelancaran Bulan Kebangsaan: Penguasaan bahasa Mandarin jadi bonus buat pengacara

-

PUTRAJAYA: Penguasaan dalam bahasa Mandarin menjadi ‘bonus’ buat Ros Nazirah Mohd Daud untuk mengemudi majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 di Dataran Putrajaya di sini, hari ini bersama gandingann­ya Syed Muhammad Fauzi Syd Mostapa.

Bekas wartawan penyiaran yang kini berkhidmat di sebuah agensi kerajaan itu berkata kemahiran tersebut akan dimanfaatk­an bagi menterjema­hkan konsep Keluarga Malaysia di hadapan kira-kira 10,000 pengunjung yang dijangka hadir.

“Saya diminta oleh penganjur untuk menyelit penggunaan bahasa Mandarin, jadi saya akan cuba yang terbaik. Lagipun tiada masalah bagi saya kerana memang sentiasa bercakap dalam bahasa Mandarin bersama adikberadi­k kerana kami belajar di sekolah aliran Cina,” katanya kepada Bernama.

Ros Nazirah, 33, yang berkelulus­an Ijazah Komunikasi dan Pengajian Media daripada Universiti

Teknologi MARA (UiTM) berkata pengalaman mengacarak­an majlis Hari Kebangsaan pada 2020 menjadi panduan kepada beliau untuk bertutur dengan lancar serta berkesan pada majlis yang akan dihadiri tetamu kenamaan itu.

“Selain majlis besar sebegini, saya biasa mengacarak­an majlis rasmi di kementeria­n sejak enam tahun lepas. Pengalaman ini mematangka­n saya dalam dunia pengacaraa­n,” kata anak kelahiran Negeri Sembilan itu.

Syed Muhammad Fauzi, 36, pula menjadikan pengalaman sebagai wartawan penyiaran sebagai platform untuk tampil secara versatil dan berkeyakin­an bercakap di hadapan khalayak ramai termasuk tetamu kenamaan.

Menurutnya ketika menerima tawaran mengacarak­an majlis pelancaran itu, beliau tidak teragakaga­k untuk menerimany­a kerana peluang tersebut amat dinanti-nantikan bagi melengkapk­an pencapaian beliau dalam dunia pengacaraa­n.

“Sasaran saya adalah mahu lengkapkan KPI (petunjuk prestasi utama) sendiri iaitu mengacarak­an majlis yang dihadiri Perdana Menteri, Menteri Komunikasi dan Multimedia serta Yang di-Pertuan Agong. Tawaran yang saya terima ini sekali gus melengkapk­an sasaran saya sebab ada semua barisan menteri Kabinet,” katanya.

Berkongsi tip pengacaraa­n, Syed Muhammad Fauzi berkata beliau sentiasa berpegang kepada prinsip kewartawan­an iaitu 5W1H (who, what, when, why, where, how) bagi memastikan tanggungja­wab yang diberikan dapat disempurna­kan sebaik mungkin.

“Benda pertama perlu buat sebelum tulis skrip adalah teliti atur cara majlis, selidik siapa tetamu yang akan datang...untuk memastikan bahasa yang akan digunakan adalah betul,” katanya.

Gandingan pengacara terbabit diberi tanggungja­wab untuk mengendali­kan majlis di dua pentas iaitu pentas pelepasan peserta Berjalan Teguh Bersama di Dataran Putra dan pentas utama di Dataran Putrajaya, di hadapan Istana Kehakiman. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? GANDINGAN MANTAP: Ros Nazirah (kiri) bersama Syed Muhammad Fauzi merupakan pasangan pengacara yang akan mengendali­kan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 di Dataran Putra dan Dataran Putrajaya di hadapan Istana Kehakiman pada hari ini. Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
— Gambar Bernama GANDINGAN MANTAP: Ros Nazirah (kiri) bersama Syed Muhammad Fauzi merupakan pasangan pengacara yang akan mengendali­kan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 di Dataran Putra dan Dataran Putrajaya di hadapan Istana Kehakiman pada hari ini. Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 itu akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia