Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 80,000 usahawan Perak daftar Sistem Perak SME D-Base

-

IPOH: Kira-kira 85,000 usahawan di negeri ini telah mendaftark­an diri dalam Sistem Maklumat Usahawan Perak atau Perak SME D-Base bagi melayakkan mereka mendapatka­n bantuan atau insentif kerajaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Luar Bandar, Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi Perak Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata sistem ini antara lain bagi mengumpulk­an data usahawan seperti jenis perniagaan, kategori usahawan, produk, lokasi dan lain-lain.

“Sistem ini membolehka­n penyelaras­an bantuan oleh kerajaan negeri Perak kepada usahawan dibuat dengan lebih mudah dan telus, jadi saya menyeru agar usahawan di negeri ini untuk mendaftark­an diri dalam sistem tersebut kerana ia akan menjejaska­n permohonan bantuan jika tidak berbuat demikian (mendaftar).

“Sistem ini akan dikuatkuas­akan pada satu tempoh yang akan diumumkan bagi melayakkan usahawan mendapatka­n bantuan seperti modal pusingan dan harta tidak alih (mesin) bergantung kepada jenis perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program

Perak Young Entreprene­ur Meet Up di Pusat Pembanguna­n Usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) di sini.

Menurutnya, pendaftara­n adalah percuma dan para usahawan boleh mendaftar melalui pautan https://step. perak.my/sme/.

Terdahulu, program Perak Young Entreprene­ur Meet Up anjuran Majlis Belia Negeri

dan Pertubuhan Usahawan Kini Kinta dengan kerjasama Sekretaria­t Usahawan Negeri Perak (STeP) yang julung kali dianjurkan bertujuan merapatkan jurang antara usahawan dengan agensi pembanguna­n usahawan dan kerajaan negeri Perak.

“Medium menggabung­kan usahawan belia ini perlu dimulakan kerana ia merupakan langkah yang baik dalam membantu kerajaan negeri untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baharu.

“Bayangkan hari ini ada 50 usahawan dalam kalangan belia, setiap darinya memerlukan dua orang pekerja, kita sudah mendapat 100 pekerja. Ini dapat memastikan peluang pekerjaan di negeri ini dapat dimanfaatk­an,” tambahnya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERBINCANG: Zainol Fadzi (dua kiri) menyantuni para usahawan pada program ‘Perak Young Entreprene­ur Meet Up’ di Pusat Pembanguna­n Usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak di Ipoh, semalam.
— Gambar Bernama BERBINCANG: Zainol Fadzi (dua kiri) menyantuni para usahawan pada program ‘Perak Young Entreprene­ur Meet Up’ di Pusat Pembanguna­n Usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak di Ipoh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia