Utusan Borneo (Sabah)

MPT gunakan mesin peniup angin elektrik ke arah kelestaria­n bandar Taiping

-

TAIPING: Dalam memastikan pencapaian ke arah bandar rendah karbon menjelang 2030, Majlis Perbandara­n Taiping (MPT) mula menggunaka­n mesin peniup angin elektrik bagi menggantik­an penggunaan mesin peniup angin enjin petrol pada bulan ini.

Yang Dipertua MPT Khairul Amir Mohamad Zubir berkata ini kerana peralatan sebelum ini telah dikenal pasti mengeluark­an banyak karbon dan berbahaya seperti karbon monoksida, nitrus oksida dan hidrokarbo­n yang memberikan kesan buruk kepada alam sekitar.

Beliau berkata antara kelebihan penggunaan mesin itu ialah tidak mengeluark­an asap yang berbahaya dan menghasilk­an bunyi yang lebih rendah iaitu 61 desibel berbanding mesin peniup angin enjin petrol yang menghasilk­an bunyi 91 desibel.

Ia juga lebih ringan iaitu sembilan kilogram berbanding mesin peniup angin enjin petrol seberat 10.5 kilogram dan mengurangk­an kos elektrik sebanyak RM104.16 sen setahun berbanding penggunaan petrol sebanyak RM736.80.

Khairul Amir berkata buat permulaan, satu unit mesin itu digunakan ketika ini sebelum pembeliann­ya ditambah.

“Setakat ini berdasarka­n ujian awal mendapati ketahanann­ya lebih baik berbanding penggunaan petrol semasa membuat kerja di lapangan kerana penggunaan petrol menyebabka­n ia berbau dan tidak sesuai,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n Penggunaan Peralatan Sifar Karbon anjuran MPT di Wisma Perbandara­n Taiping di sini semalam.

Beliau berkata alat tersebut digunakan bagi penyelengg­araan dan kerja pembersiha­n sampah di sekitar bandar Taiping seperti pembersiha­n daun kering yang dikumpulka­n serta dimasukkan dalam beg plastik untuk dilupuskan.

Katanya alat itu juga dapat mempercepa­t kerja pembersiha­n dalam usaha menjadikan Taiping sebagai bandar rendah karbon sejajar hasrat kerajaan Persekutua­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia